Kejadian 1
1
Penciptaan daripada TIADA kepada ADA
1Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi. 2Bumi tidak berbentuk dan kosong; kegelapan menyelubungi permukaan samudera, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.
Penciptaan dalam enam hari
3 # 2Mak 7:28; 2Kor 4:6. Berfirmanlah Allah, “Jadilah cahaya.” Lalu terus ada cahaya. 4Allah melihat cahaya itu baik, lalu Dia memisahkan cahaya itu daripada kegelapan. 5Allah menamai cahaya itu siang, dan kegelapan itu dinamai-Nya malam. Malam muncul dan disusuli pagi, dan itulah hari yang pertama. #1:5 Terjemahan edisi awal: ‘Maka turut jadilah petang dan juga pagi, itulah satu hari, dan yang pertama.’
6 # 2Ptr 3:5. Berfirmanlah Allah, “Jadilah cakerawala di tengah-tengah segala air itu untuk memisahkan air daripada air.” 7Maka Allah menjadikan cakerawala lantas memisahkan air yang ada di bawah cakerawala daripada air yang ada di atasnya. Maka terjadilah sedemikian itu. 8Lalu Allah menamai cakerawala itu langit. Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang kedua.
9Berfirmanlah Allah, “Mengalir dan berkumpullah kesemua air yang di bawah langit di satu tempat, sehingga kelihatan tanah yang kering.” Maka terjadilah sedemikian itu. 10Lalu Allah menamai bahagian yang kering itu darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Allah melihat semua itu baik. 11Berfirmanlah Allah, “Hendaklah tanah menumbuhkan pelbagai tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya jenisnya membiak dan terus bertumbuh di bumi.” Maka terjadilah sedemikian itu. 12Maka tanah pun menumbuhkan pelbagai tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji. Dan Allah melihat semua itu baik. 13Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang ketiga.
14Berfirmanlah Allah, “Jadilah penerang-penerang mengisi cakerawala untuk memisahkan siang daripada malam dan jadilah tanda-tanda yang menunjukkan pelbagai musim dan hari serta tahun, 15dan jadilah penerang-penerang di cakerawala demi menerangi bumi.” Maka terjadilah sedemikian itu. 16Maka Allah menjadikan dua penerang besar, dengan penerang lebih besar menguasai siang dan yang lebih kecil menguasai malam. Allah juga menjadikan bintang-bintang. 17Allah menempatkan kesemua itu di cakerawala untuk menerangi bumi, 18dan untuk menguasai siang dan malam, dan juga untuk memisahkan cahaya daripada kegelapan. Dan Allah melihat bahawa semua itu baik. 19Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang keempat.
20Berfirmanlah Allah, “Hendaklah berkeriapan makhluk yang hidup di dalam air, dan hendaklah burung-burung berterbangan di ruang cakerawala di atas bumi.” 21Maka Allah menciptakan pelbagai binatang laut yang besar dan segala jenis hidupan yang bergerak, yang berkeriapan di dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap, dan Allah melihat semua itu baik. 22Lantas Allah memberkati kesemuanya sambil berfirman, “Berkembang biaklah dan penuhilah air di dalam laut, dan hendaklah bertambah banyak burung di bumi.” 23Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang kelima.
24Berfirmanlah Allah, “Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternakan dan binatang melata serta segala jenis binatang liar.” Maka terjadilah sedemikian itu. 25Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternakan dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Dan Allah melihat semua itu baik.
26 # Keb 2:23; Sir 17:3,4; 1Kor 11:7. Berfirmanlah Allah, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambaran#1:26-27 Antara maksud ‘gambaran’ (bahasa Ibrani, tselem) ialah imej peribadi atau citra. Maka rangkai kata, ‘menciptakan manusia menurut gambaran-Nya’ merangkumi maksud manusia diciptakan untuk menyerupai diri Tuhan iaitu sebagai gambaran dan citraan-Nya. dan rupa Kita. Mereka akan berkuasa atas ikan-ikan di laut dan atas burung-burung di udara dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas segala jenis binatang melata yang merayap di muka bumi.” 27#Kej 5:1,2.#Mat 19:4; Mrk 10:6.Maka Allah menciptakan manusia menurut gambaran-Nya. Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan. 28Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka, “Beranakcuculah dan bertambah banyak serta penuhilah dan takluki bumi, berkewenangan atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala makhluk hidup yang berkeliaran dan yang bergerak di muka bumi.” 29Berfirmanlah Allah, “Lihatlah, Aku memberimu segala tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pokok buah-buahan yang berbiji; itulah akan menjadi makananmu. 30Dan kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuhan hijau sebagai makanannya.” Maka terjadilah sedemikian itu. 31Maka Allah melihat segala yang Dia jadikan itu, dan kesemuanya sungguh baik. Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang keenam.
ទើបបានជ្រើសរើសហើយ៖
Kejadian 1: AVB
គំនូសចំណាំ
ចែករំលែក
ចម្លង
ចង់ឱ្យគំនូសពណ៌ដែលបានរក្សាទុករបស់អ្នក មាននៅលើគ្រប់ឧបករណ៍ទាំងអស់មែនទេ? ចុះឈ្មោះប្រើ ឬចុះឈ្មោះចូល
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited