Kejadian 5
5
Keturunan Adam
1 # Kej 1:27,28. Inilah daftar salasilah keluarga Adam. Pada waktu penciptaan makhluk manusia, Allah menjadikannya menurut rupa Allah. 2#Mat 19:4; Mrk 10:6.Dia menciptakan lelaki dan perempuan, lalu Dia memberkati mereka dan menamai mereka “manusia.” 3Setelah Adam hidup 130 tahun, lahirlah baginya seorang anak lelaki menurut rupa dan gambarannya. Dia menamai anak itu Set. 4Selepas kelahiran Set, Adam hidup 800 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain. 5Setelah mencapai usia 930 tahun, Adam pun meninggal.
6Setelah Set hidup 105 tahun, lahirlah baginya Enos. 7Selepas kelahiran Enos, Set hidup 807 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain. 8Setelah mencapai usia 912 tahun, Set pun meninggal.
9Setelah Enos hidup 90 tahun, lahirlah baginya Kenan. 10Selepas kelahiran Kenan, Enos hidup 815 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain. 11Setelah mencapai usia 905 tahun, Enos pun meninggal.
12Setelah Kenan hidup 70 tahun, lahirlah baginya Mahalaleel. 13Selepas kelahiran Mahalaleel, Kenan hidup 840 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan yang lain. 14Setelah mencapai usia 910 tahun, Kenan pun meninggal.
15Setelah Mahalaleel hidup 65 tahun, lahirlah baginya Yared. 16Selepas kelahiran Yared, Mahalaleel hidup 830 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain. 17Setelah mencapai usia 895 tahun, Mahalaleel pun meninggal.
18Setelah Yared hidup 162 tahun, lahirlah baginya Henokh. 19Selepas kelahiran Henokh, Yared hidup 800 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain. 20Setelah Yared mencapai usia 962 tahun, dia pun meninggal.
21Setelah Henokh hidup 65 tahun, lahirlah baginya Metusalah. 22Selepas kelahiran Metusalah, Henokh hidup akrab dengan Allah selama 300 tahun dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain. 23Jadi, Henokh hidup selama 365 tahun. 24#Sir 44:16; 49:14; Ibr 11:5; Yud 1:14.Henokh hidup akrab dengan Allah dan sesudah itu ghaiblah Henokh kerana Allah membawanya pergi.
25Setelah Metusalah hidup 187 tahun, lahirlah baginya Lamekh. 26Selepas kelahiran Lamekh, Metusalah hidup 782 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain. 27Setelah Metusalah mencapai usia 969, dia pun meninggal.
28Setelah Lamekh hidup 182 tahun, lahirlah baginya seorang anak lelaki. 29Dia menamainya Nuh, katanya, “Anak ini akan membawa keselesaan selepas kita bekerja berpenat lelah di tanah yang telah TUHAN kutuk.” 30Selepas kelahiran Nuh, Lamekh hidup 595 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain. 31Setelah Lamekh mencapai usia 777 tahun, dia pun meninggal.
32Setelah Nuh berusia 500 tahun, lahirlah baginya Sem, Ham, dan Yafet.
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited