Kejadian 17

17
Tanda perjanjian Allah dengan Abraham
1Ketika Abram berusia 99 tahun, TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa, hiduplah tanpa bercela di hadapan-Ku. 2Aku akan mengesahkan perjanjian antara Aku dengan kamu, dan Aku akan menjadikan keturunanmu sebegitu ramai.” 3Maka sujudlah Abram. Lalu Allah berfirman kepadanya, 4“Daripada pihak-Ku, inilah perjanjian-Ku dengan kamu: Kamu akan menjadi bapa kepada beberapa banyak bangsa. 5#Rm 4:17.Namamu bukan Abram lagi, kini namamu Abraham, kerana Aku akan menjadikan kamu bapa kepada beberapa banyak bangsa. 6Aku akan membuat kamu beranak cucu sangat banyak. Melalui kamu Aku akan menjadikan bangsa-bangsa, bahkan raja-raja akan muncul daripada keturunanmu.
7 # Luk 1:55. Aku akan mengesahkan perjanjian-Ku antara Aku dengan kamu serta keturunanmu kelak, turun-temurun, menjadi suatu perjanjian yang kekal, iaitu bahawa Aku akan menjadi Allah kepadamu dan kepada keturunanmu. 8#Kis 7:5.Kepadamu dan kepada keturunanmu kelak akan Kuberikan negeri yang kini kamu tinggal sebagai pendatang, iaitu seluruh Tanah Kanaan yang akan menjadi milikmu yang kekal. Aku pun akan menjadi Allah mereka.”
9Firman Allah pula kepada Abraham, “Bagi pihakmu, kamu dan juga keturunanmu kelak turun-temurun mesti berpegang teguh pada perjanjian-Ku. 10#Kis 7:8; Rm 4:11.Inilah perjanjian-Ku yang harus kamu pegang teguh, iaitu perjanjian antara Aku dengan kamu serta keturunanmu kelak: Setiap lelaki antara kamu harus disunatkan. 11Kulup iaitu kulit khatanmu mesti dikerat, dan itu akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dengan kamu. 12Bagi kesemua keturunanmu, setiap anak lelaki berumur delapan hari mesti disunatkan, sama ada mereka yang dilahirkan di rumahmu atau yang dibeli daripada orang asing mana-mana pun yang bukan keturunanmu. 13Anak lelaki yang lahir di rumahmu ataupun yang dibeli dengan wang harus disunatkan. Demikianlah tanda peringatan perjanjian-Ku akan jelas kelihatan dan kekal pada tubuhmu. 14Lelaki yang tidak disunatkan, iaitu yang kulupnya tidak dikerat, perlu disingkirkan daripada suku bangsanya kerana dia gagal menyempurnakan kehendak perjanjian-Ku.”
Kelahiran Ishak dijanjikan
15Selanjutnya Allah berfirman kepada Abraham, “Dalam hal Sarai, isterimu, jangan lagi kamu memanggilnya Sarai. Panggil dia Sarah. Itulah namanya. 16Aku akan memberkatinya, dan melalui dia juga Aku akan memberikan seorang anak lelaki kepadamu. Aku akan memberkatinya, dan dia akan menjadi ibu bagi bangsa-bangsa. Raja-raja pelbagai negeri akan muncul daripada keturunannya.”
17Maka sujudlah Abraham lalu tertawa dan berkata dalam hatinya, “Mungkinkah seorang anak lelaki dilahirkan daripada lelaki yang berumur seratus tahun? Mungkinkah Sarah, yang sudah berusia 90 tahun melahirkan anak?” 18Lalu berkatalah Abraham kepada Allah, “Semogalah Ismael diperkenankan hidup di hadapan-Mu!”
19Firman Allah, “Sesungguhnya Sarah, isterimu, akan melahirkan seorang anak lelaki bagimu. Namailah dia Ishak. Aku akan mengesahkan perjanjian-Ku dengannya untuk menjadi suatu perjanjian yang kekal bagi keturunannya. 20Tentang Ismael, Aku sudah mendengar permintaanmu. Sesungguhnya, Aku akan memberkatinya dan membuatnya beranak cucu serta melipatgandakannya dengan banyak sekali. Dia akan menjadi leluhur kepada dua belas pemimpin, dan Aku akan menjadikannya suatu bangsa yang besar. 21Namun demikian, perjanjian-Ku akan Kutetapkan dengan Ishak, yang akan dilahirkan Sarah bagimu pada waktu seperti ini pada tahun mendatang.” 22Setelah selesai berfirman kepada Abraham, Allah pun meninggalkannya.
23Kemudian Abraham memanggil Ismael, anaknya, dan semua orang yang lahir di rumahnya, juga semua orang yang dibeli dengan wang, semua lelaki daripada seisi rumah Abraham. Pada hari itu juga, dia mengkhatankan kulup mereka, seperti yang difirmankan Allah kepadanya. 24Abraham berumur sembilan puluh sembilan tahun pada waktu kulupnya dikhatankan, 25manakala anaknya, Ismael berusia tiga belas tahun sewaktu dia dikhatankan. 26Pada hari itu juga Abraham dan Ismael, anaknya, disunatkan. 27Semua lelaki yang ada di rumahnya, baik yang lahir di rumahnya mahupun yang dibeli dengan wang daripada orang asing, disunatkan bersama-samanya.

選択箇所:

Kejadian 17: AVB

ハイライト

シェア

コピー

None

すべてのデバイスで、ハイライト箇所を保存したいですか? サインアップまたはサインインしてください。