Kejadian 12

12
Keberkatan Abram
1 # Keb 10:5; Kis 7:2,3; Ibr 11:8. TUHAN berfirman kepada Abram, “Tinggalkanlah negerimu, sanak saudaramu dan rumah ayahmu serta pergilah ke negeri yang akan Kutunjukkan kepadamu.
2Aku akan membuat kamu menjadi suatu bangsa yang besar.
Aku akan memberkati kamu dan menjadikan namamu hebat.
Kamu akan menjadi suatu keberkatan!
3 # Gal 3:8. Aku akan memberkati mereka yang memohonkan berkat bagi engkau,
dan Aku akan mengutuk mereka yang mengutuk engkau.
Melalui engkau, semua kaum di bumi akan diberkati.”
4Maka berangkatlah Abram seperti yang TUHAN firmankan kepadanya, dan Lut turut pergi bersama-samanya. Abram berumur tujuh puluh lima tahun sewaktu dia meninggalkan Haran. 5Abram menuju Tanah Kanaan dengan membawa Sarai isterinya dan Lut anak saudaranya bersama-samanya, serta segala harta benda serta kalangan yang diperoleh mereka sewaktu di Haran.
Lalu tibalah mereka di Tanah Kanaan. 6Abram berjalan menjelajahi negeri itu sehingga suatu tempat di Sikhem yakni di pokok oak More. Pada waktu itu orang Kanaan tinggal di negeri itu. 7#Kis 7:5; Gal 3:16.Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman, “Kepada keturunanmu akan Aku kurniakan negeri ini.” Maka Abram membangunkan di sana sebuah mazbah bagi TUHAN, yang telah menampakkan diri kepadanya. 8Dari situ, Abram berpindah ke pergunungan di sebelah timur Betel lalu mendirikan khemahnya di antara Betel di sebelah barat dengan Ai di sebelah timur. Di situ Abram mendirikan sebuah mazbah bagi TUHAN dan menyeru nama TUHAN. 9Setelah itu, Abram meneruskan perjalanannya lagi ke arah selatan menuju ke Tanah Negeb.
Keberkatan yang dijanjikan terancam
10Atas sebab bencana kebuluran yang menimpa negeri itu, Abram pun pergi ke Mesir dan tinggal di sana sebagai pendatang kerana bencana kebuluran itu sangat teruk di negeri itu. 11Ketika hampir memasuki Mesir, berkatalah dia kepada Sarai, isterinya, “Dengarlah, kamu seorang perempuan dan rupa parasmu cantik. 12Boleh terjadi kelak, apabila orang Mesir melihat kamu, mereka akan berkata, ‘Itu isterinya.’ Lalu mereka akan membunuh aku dan membiarkan kamu hidup. 13#Kej 20:2; 26:7.Oleh sebab itu, kamu katakanlah yang kamu saudaraku, supaya aku dilayan dengan baik demi dirimu, dan nyawaku selamat berkat dirimu.” 14Sewaktu Abram memasuki Mesir, memang para warga Mesir melihat betapa cantiknya Sarai. 15Para pembesar Firaun juga melihat Sarai, lalu memuji-muji kejelitaannya di hadapan Firaun. Lantas perempuan itu dijemput ke istana Firaun, 16dan Firaun melayan Abram dengan baik demi perempuan itu. Abram mendapat kawanan domba, lembu, keldai jantan dan betina, unta, serta para hamba lelaki dan perempuan.
17Akan tetapi, TUHAN mengazab Firaun dan istananya dengan pelbagai wabak penyakit yang dahsyat kerana Sarai, isteri Abram itu. 18Lalu Firaun memanggil Abram dan berkata, “Apakah yang kamu lakukan kepada aku ini? Mengapakah kamu tidak memberitahu aku bahawa dia isterimu? 19Mengapakah kamu berkata, ‘Dia saudaraku,’ sehingga aku mengambilnya untuk dijadikan isteriku? Sekarang, inilah isterimu. Ambillah dia dan pergilah!” 20Kemudian Firaun memberikan perintah kepada orangnya tentang Abram, lalu mereka menghantar dia pergi bersama-sama isterinya dan segala sesuatu yang dimilikinya.

選択箇所:

Kejadian 12: AVB

ハイライト

シェア

コピー

None

すべてのデバイスで、ハイライト箇所を保存したいですか? サインアップまたはサインインしてください。