1
YOHANES 15:5
Alkitab Berita Baik Protestant Bible
Akulah pokok anggur dan kamu carang-carangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa.
Lee anya n'etiti ihe abụọ
Nyochaa YOHANES 15:5
2
YOHANES 15:4
Tetaplah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tetap bersatu dengan kamu. Carang sendiri tidak dapat berbuah, kecuali tetap pada pokoknya. Demikian juga kamu; kamu hanya dapat berbuah, jika kamu tetap bersatu dengan Aku.
Nyochaa YOHANES 15:4
3
YOHANES 15:7
Jika kamu tetap bersatu dengan Aku, dan ajaran-Ku kamu simpan di dalam hati, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki daripada Bapa, dan permintaan kamu itu akan dipenuhi.
Nyochaa YOHANES 15:7
4
YOHANES 15:16
Kamu tidak memilih Aku. Akulah yang memilih kamu dan menugaskan kamu supaya pergi dan berbuah lebat, buah yang akan tahan. Dengan demikian Bapa akan mengabulkan apa sahaja yang kamu minta daripada-Nya demi nama-Ku.
Nyochaa YOHANES 15:16
5
YOHANES 15:13
Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka.
Nyochaa YOHANES 15:13
6
YOHANES 15:2
Setiap carang-Ku yang tidak berbuah dikerat oleh-Nya, dan setiap carang yang berbuah dipangkas oleh-Nya supaya bersih dan berbuah lebih lebat.
Nyochaa YOHANES 15:2
7
YOHANES 15:12
Inilah perintah-Ku: Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu.
Nyochaa YOHANES 15:12
8
YOHANES 15:8
Kemuliaan Bapa-Ku dinyatakan apabila kamu berbuah lebat, dan dengan demikian kamu betul-betul pengikut-Ku.
Nyochaa YOHANES 15:8
9
YOHANES 15:1
Yesus berkata lagi, “Aku pokok anggur yang sejati, dan Bapa-Ku peladang anggur.
Nyochaa YOHANES 15:1
10
YOHANES 15:6
Sesiapa yang tidak tetap bersatu dengan Aku, akan dikerat seperti carang lalu menjadi kering. Carang-carang seperti itu akan dikumpulkan lalu dibuang ke dalam api dan dibakar.
Nyochaa YOHANES 15:6
11
YOHANES 15:11
Semua ini Aku katakan kepada kamu supaya kegembiraan-Ku ada di dalam hati kamu dan kegembiraan kamu menjadi sempurna.
Nyochaa YOHANES 15:11
12
YOHANES 15:10
Jika kamu mentaati perintah-Ku, Aku akan tetap mengasihi kamu, seperti Bapa tetap mengasihi Aku kerana Aku mentaati perintah-Nya.
Nyochaa YOHANES 15:10
13
YOHANES 15:17
Inilah perintah-Ku kepada kamu: Hendaklah kamu saling mengasihi.”
Nyochaa YOHANES 15:17
14
YOHANES 15:19
Jika kamu milik dunia, dunia akan mengasihi kamu seolah-olah kamu anak-anaknya sendiri. Tetapi Aku sudah memilih kamu supaya tidak menjadi milik dunia, dan kamu sekarang bukan lagi milik dunia. Itulah sebabnya dunia membenci kamu.
Nyochaa YOHANES 15:19
Ulo
Akwụkwọ Nsọ
Atụmatụ
Vidiyo