YouVersion Logo
Search Icon

Lukas 3

3
Khutbah Yohanes Pembaptis
1Pada tahun yang kelima belas pemerintahan Kaisar Tiberius, Pontius Pilatus menjadi gabenor negeri Yudea, Herodes menjadi raja negeri Galilea dan saudaranya Filipus menjadi raja di wilayah Iturea dan Trakhonitis, Lisanias menjadi raja Abilene 2dan Hanas serta Kayafas menjadi imam besar. Pada masa ini, firman Allah datang kepada Yohanes anak Zakharia di gurun. 3Lalu Yohanes pergi ke seluruh daerah Sungai Yordan mengkhabarkan satu baptisan pertaubatan untuk pengampunan dosa, 4#Yes 40:3-5.seperti yang tersurat dalam kitab Nabi Yesaya:
“Suara seorang yang berseru di gurun,
‘Sediakanlah jalan untuk Tuhan,
luruskanlah jalan untuk-Nya.
5Setiap lembah akan ditambak
dan setiap gunung serta bukit akan diratakan.
Tempat bengkang-bengkok akan diluruskan
dan jalan lekak-lekuk akan dilicinkan.
6Semua manusia akan melihat penyelamatan yang dikurniakan oleh Allah.’ ”
7 # Mat 12:34; 23:33. Yohanes berkata kepada orang ramai yang berkerumun untuk dibaptis olehnya, “Hai, kamu bagaikan ular kapak berbisa, siapakah yang mengingatkan kamu supaya melepaskan diri daripada kemurkaan Allah kelak? 8#Yoh 8:33.Buktikanlah dengan perbuatan bahawa kamu telah bertaubat. Jangan mula berkata sesama sendiri, ‘Abraham bapa moyang kita.’ Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Abraham. 9#Mat 7:19.Kapak sudah terletak pada akar umbi pokok. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang dan dihumbankan ke dalam api.”
10Orang ramai itu bertanya kepada Yohanes, “Jadi, apa yang harus kami buat?”
11Dia menjawab, “Sesiapa yang mempunyai dua helai baju hendaklah memberi kepada orang yang tidak mempunyai baju, dan sesiapa yang mempunyai makanan hendaklah berkongsi dengan orang yang memerlukannya.”
12 # Luk 7:29. Ada pemungut cukai datang untuk dibaptiskan lalu bertanya kepada Yohanes, “Guru, apa yang harus kami buat?” 13Yohanes berkata kepada mereka, “Jangan suruh orang membayar lebih daripada apa yang ditetapkan.”
14Ada askar bertanya kepadanya, “Bagaimanakah dengan kami? Apa yang harus kami buat?”
Yohanes berkata kepada mereka, “Jangan aniayai orang dan jangan rampas harta benda atau ajukan tuduhan palsu. Berpuas hatilah dengan gajimu.”
15Orang ramai menanti-nanti dengan penuh harapan dan mereka tertanya-tanya dalam hati tentang Yohanes kalau-kalau dialah Kristus itu. 16Yohanes berkata kepada mereka, “Aku ini membaptis kamu dengan air tetapi seorang yang lebih berkuasa daripadaku akan datang. Aku ini tidak layak walaupun untuk mengurai tali kasut-Nya. Dialah yang akan membaptis kamu dengan Roh Kudus dan api. 17Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan membersihkan tempat pembantingan dan mengumpulkan gandum di dalam jelapang-Nya tetapi sekam akan dibakar-Nya dalam api yang tidak dapat dipadamkan.”
18Yohanes menasihati orang dengan pelbagai cara serta memberitakan Injil kepada mereka. 19#Mat 14:3,4; Mrk 6:17,18.Dia telah menegur Raja Herodes tentang perkahwinannya dengan Herodias, isteri saudaranya, dan tentang segala kejahatan yang dilakukannya. 20Kemudian, Raja Herodes melakukan dosa yang lebih dahsyat dengan memenjarakan Yohanes.
Yesus dibaptis
21Ketika semua orang dibaptiskan, Yesus pula dibaptiskan. Ketika Dia berdoa, langit terbuka, 22#Kej 22:2; Mzm 2:7; Yes 42:1; Mat 3:17; Mrk 1:11; Luk 9:35.Roh Kudus berupa burung merpati turun ke atas-Nya. Kedengaran satu suara dari langit yang berkata, “Engkaulah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan.”
Nenek moyang Yesus
23Yesus berusia lebih kurang tiga puluh tahun pada masa Dia memulakan pelayanan-Nya. Pada sangkaan orang, Dia anak kepada Yusuf, anak Eli, 24anak Matat, anak Lewi, anak Malkhi, anak Yanai, anak Yusuf, 25anak Matica, anak Amush, anak Nahum, anak Hesli, anak Nagai, 26anak Maat, anak Matica, anak Simei, anak Yosekh, anak Yoda, 27anak Yohanan, anak Resa, anak Zerubabel, anak Sealtiel, anak Neri, 28anak Malkhi, anak Adi, anak Kosam, anak Elmadam, anak Er, 29anak Yesua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi, 30anak Simeon, anak Yehuda, anak Yusuf, anak Yonam, anak Elyakim, 31anak Melea, anak Mina, anak Matata, anak Natan, anak Daud, 32anak Isai, anak Obed, anak Boas, anak Salmon, anak Nahason, 33anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda, 34anak Yakub, anak Ishak, anak Abraham, anak Terah, anak Nahor, 35anak Serug, anak Rehu, anak Peleg, anak Eber, anak Selah, 36anak Kenan, anak Arpakhsad, anak Sem, anak Nuh, anak Lamekh, 37anak Metusalah, anak Henokh, anak Yared, anak Mahalaleel, anak Kenan, 38anak Enos, anak Set, anak Adam, anak Allah.

Currently Selected:

Lukas 3: AVB

Tõsta esile

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in