YouVersion Logo
Search Icon

Lukas 17

17
Dosa, iman dan kewajipan seorang hamba
1Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Hal yang membuat orang melakukan dosa memang ada, tetapi malangnya bagi orang yang menyebabkan hal-hal itu berlaku. 2Lebih baiklah baginya jika batu kisar diikatkan pada lehernya dan dia dibuang ke dalam laut, daripada dia menyebabkan seorang daripada kanak-kanak kecil ini berdosa. 3#Mat 18:15.Berwaspadalah!
Jika saudaramu telah berbuat dosa terhadapmu, tegurlah dia dan jika dia bertaubat, ampunilah dia. 4Jika dia berdosa sebanyak tujuh kali terhadapmu dalam sehari dan setiap kali dia datang kepadamu serta berkata, ‘Aku bertaubat,’ kamu hendaklah mengampuninya.”
5Rasul-rasul itu berkata kepada Tuhan, “Kuatkanlah iman kami.”
6Tuhan menjawab, “Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu akan dapat berkata kepada pokok ara ini, ‘Tercabutlah akar-akarmu dan tertanamlah kamu di laut,’ dan pokok ara akan menurut perintahmu.”
7“Jika salah seorang kamu mempunyai hamba yang membajak atau menggembalakan domba, siapakah antara kamu akan berkata kepadanya sewaktu dia pulang dari ladang, ‘Marilah segera dan duduklah untuk makan’? 8Bukankah kamu akan berkata kepadanya, ‘Hidangkan makanan dan bersedia untuk melayan aku semasa aku makan. Selepas itu, barulah kamu makan’? 9Adakah dia mengucapkan terima kasih kepada hamba itu kerana dia menurut perintah? 10Begitu juga dengan kamu. Apabila kamu telah berbuat segala yang diperintahkan kepadamu, kamu hendaklah berkata, ‘Kami ini hamba yang tidak layak menerima apa-apa; kami cuma menjalankan kewajipan kami.’ ”
Yesus menyembuhkan sepuluh orang berpenyakit kusta
11Dalam perjalanan Yesus ke Yerusalem, Dia melalui sempadan Samaria dan Galilea. 12Apabila Dia memasuki sebuah kampung, sepuluh orang berpenyakit kusta datang bertemu dengan-Nya. Mereka berdiri jauh sedikit daripada Yesus 13dan berseru kepada-Nya, “Ya Yesus, ya Tuan, kasihanilah kami!”
14 # Im 14:1-32. Apabila Yesus melihat mereka, Dia berkata kepada mereka, “Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.” Dalam perjalanan, mereka pun menjadi tahir.
15Seorang daripada mereka ketika melihat dirinya sembuh, kembali dan memuji Allah dengan suara yang kuat. 16Dia sujud pada kaki Yesus dan mengucapkan terima kasih. Dia seorang Samaria. 17Yesus bertanya, “Bukankah sepuluh orang telah ditahirkan? Di manakah sembilan orang lagi? 18Tiadakah seorang pun didapati kembali untuk memberikan pujian kepada Allah kecuali orang bangsa asing ini?” 19Yesus pun berkata kepadanya, “Bangunlah dan pergi. Imanmu telah menyembuhkan kamu.”
Kedatangan kerajaan Allah
20Terdapat beberapa orang Farisi bertanya kepada Yesus bila kerajaan Allah akan datang dan Yesus menjawab, “Kerajaan Allah tidak datang dengan tanda-tanda yang dapat dilihat. 21Tiada orang akan berkata, ‘Lihatlah di sini!’ atau ‘Lihatlah di sana!’ kerana kerajaan Allah sebenarnya ada di dalam kamu.”
22Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Masanya akan datang apabila kamu ingin melihat salah satu hari Anak Manusia, tetapi kamu tidak dapat melihatnya. 23Orang akan berkata kepadamu, ‘Lihat di situ!’ atau ‘Lihat di sini!’ Tetapi janganlah kamu pergi atau mengikutnya. 24Seperti kilat memancar dari sebelah kaki langit ke sebelah yang lain, demikianlah juga halnya Anak Manusia pada hari-Nya kelak. 25Tetapi terlebih dahulu Dia akan mengalami banyak penderitaan dan Dia tidak akan diterima oleh orang zaman ini. 26#Kej 6:5-8.Sebagaimana yang berlaku pada zaman Nuh, demikianlah kelak pada zaman Anak Manusia. 27#Kej 7:6-24.Mereka makan minum, berkahwin dan dikahwinkan hinggalah waktu Nuh masuk ke bahtera, lalu banjir melanda dan membinasakan mereka semua. 28#Kej 18:20—19:25.Demikian juga yang berlaku pada zaman Lut. Mereka makan dan minum, berjual beli, bercucuk tanam dan mendirikan rumah. 29Pada hari Lut keluar dari Sodom, api dan belerang turun dari langit dan membinasakan mereka semua. 30Begitulah yang berlaku kelak pada hari Anak Manusia menunjukkan diri-Nya.
31 # Mat 24:17,18; Mrk 13:15,16. Pada hari itu orang yang di atas bumbung, janganlah dia turun untuk mengambil barang di dalam rumah. Demikian juga janganlah orang di ladang pulang ke rumahnya. 32#Kej 19:26.Ingatlah akan isteri Lut! 33#Mat 10:39; 16:25; Mrk 8:35; Luk 9:24; Yoh 12:25.Sesiapa yang cuba memelihara nyawanya akan kehilangannya, tetapi sesiapa yang sanggup mengorbankan nyawanya akan menyelamatkannya. 34Aku berkata kepadamu bahawa pada malam itu dua orang berbaring di atas katil. Seorang dibawa pergi dan seorang ditinggalkan. 35Dua orang perempuan bersama-sama mengisar gandum. Seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan. 36Dua orang lelaki bekerja di ladang. Seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan.”
37Mereka bertanya kepada Yesus, “Di manakah, ya Tuhan?”
Yesus menjawab, “Di mana ada bangkai, di situlah berkerumunnya burung nasar.”

Currently Selected:

Lukas 17: AVB

Tõsta esile

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in