YouVersion Logo
Search Icon

Yohanes 1

1
Firman menjadi manusia
1Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. 2Dia bersama Allah pada permulaan. 3Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya. 4Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia. 5Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.
6 # Mat 3:1; Mrk 1:4; Luk 3:1,2. Allah mengutus seorang bernama Yohanes. 7Dia datang untuk memberikan kesaksian tentang cahaya itu, supaya semua orang akan percaya melalui Dia. 8Dia sendiri bukanlah cahaya itu, dia datang untuk memberikan kesaksian tentang-Nya. 9Itulah cahaya benar yang menerangi setiap manusia, sedang mendatangi dunia.
10Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya. 11Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya. 12Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya. 13Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.
14Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.
15Yohanes memberikan kesaksian tentang-Nya. Dia berseru, “Inilah Dia yang kukatakan akan datang selepasku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku.”
16Daripada limpah kesempurnaan-Nya kita semua telah menerima kasih kurnia demi kasih kurnia;#1:16 Atau: Berkat demi berkat. 17kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi kasih kurnia dan kebenaran dinyatakan melalui Yesus Kristus. 18Tiada siapa pernah melihat Allah, melainkan Dia Yang Esa#1:18 ‘Dia Yang Esa’ merujuk kepada Anak Tunggal Allah yang satu-satunya., yang ada di pangkuan Bapa, telah menyerlahkan-Nya.
Kesaksian Yohanes
19Inilah kesaksian Yohanes, apabila orang Yahudi di Yerusalem mengutus para imam dan orang Lewi untuk bertanya kepadanya, “Siapakah kamu?”
20Yohanes mengaku, “Aku bukanlah Kristus.”
21 # Mal 4:5. Ul 18:15,18; Sir 48:10,11. Mereka bertanya, “Jadi, kamu ini siapa? Elia?”
“Bukan,” jawabnya.
“Adakah kamu Nabi?”
Dia menjawab, “Bukan.”
22Kemudian mereka berkata, “Siapakah kamu? Katakanlah, supaya kami dapat menyampaikan jawapan kepada orang yang mengutus kami. Menurut katamu sendiri, kau ini siapa?”
23 # Yes 40:3. Yohanes menjawab, “Aku ini satu suara yang berseru di gurun, ‘Luruskanlah jalan untuk Tuhan,’ sebagaimana kata Nabi Yesaya.”
24Antara orang yang diutus itu ada beberapa orang Farisi. 25Mereka terus menyoal, “Mengapakah kamu membaptis orang, kiranya kamu bukan Kristus, bukan Elia dan bukan pula Nabi?”
26Yohanes menjawab, “Aku membaptis dengan air, tetapi dalam kalanganmu ada seorang yang tidak kamu kenali, 27iaitu Dia yang datang selepasku. Aku tidak layak mengurai tali kasut-Nya pun.”
28Semua ini terjadi di Betania, di seberang Sungai Yordan; di situlah Yohanes membaptis orang.
Yesus, Anak Domba Allah
29Pada keesokan harinya, Yohanes melihat Yesus berjalan ke arahnya lalu berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia! 30Dialah yang kukatakan akan datang selepasku tetapi lebih besar daripadaku kerana Dia telah ada sebelumku. 31Dahulu aku tidak mengenal Dia. Tetapi untuk itulah aku datang dan membaptis orang dengan air, supaya Dia dinyatakan kepada Israel.”
32Yohanes memberikan kesaksian: “Aku melihat Roh seperti burung merpati turun dari langit lalu hinggap di atas-Nya. 33Dahulu aku sendiri pun tidak mengenal-Nya, tetapi Dia yang mengutusku untuk membaptis orang dengan air telah berfirman kepadaku, ‘Engkau akan melihat Roh turun lalu hinggap di atas seorang. Dialah yang akan membaptis orang dengan Roh Kudus.’ 34Hal itu telah kulihat sendiri, maka aku berkata kepadamu, Dialah Anak Allah.”
Murid-murid Yesus yang pertama
35Pada hari yang berikut, Yohanes berada di situ lagi bersama dua orang muridnya. 36Dia melihat lagi Yesus lalu di tempat itu dan dia berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah!”
37Apabila dua orang murid Yohanes itu mendengar kata-kata demikian, mereka pun mengikut Yesus. 38Yesus menoleh dan melihat mereka mengikut-Nya lalu bertanya, “Apa hajatmu?”
Mereka menjawab, “Rabbi (ertinya Guru), di manakah Engkau tinggal?”
39“Marilah lihat,” kata Yesus. Mereka terus mengikut-Nya dan melihat tempat tinggal-Nya. Waktu itu kira-kira jam kesepuluh.#1:39 Atau: Pukul empat. Mereka pun tinggal bersama Yesus pada hari itu.
40Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu mengikut Yesus ialah Andreas, saudara Simon Petrus. 41Andreas segera mencari Simon, saudaranya, dan berkata, “Kami telah bertemu dengan Mesias!” (“Mesias” bererti Kristus.) 42Selepas itu, Andreas membawa Simon berjumpa dengan Yesus.
Yesus memandang Simon lalu berkata, “Kamu Simon anak Yohanes, tetapi kamu akan digelar Kefas.” (Kefas sama ertinya dengan Petrus.)
43Pada keesokan harinya, Yesus membuat keputusan hendak pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus dan berkata, “Ikutlah Aku.” 44Seperti Andreas dan Petrus, Filipus juga warga kota Betsaida. 45Filipus pula mendapatkan Natanael dan berkata, “Kami telah bertemu dengan orang yang disebut oleh Musa dalam kitab Taurat dan oleh nabi-nabi. Orang itu ialah Yesus anak Yusuf dari Nazaret.”
46Tetapi Natanael berkata, “Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nazaret?”
“Marilah lihat,” balas Filipus.
47Ketika Yesus melihat Natanael berjalan ke arah-Nya, Dia berkata, “Ini orang Israel tulen, tiada yang palsu pada dirinya.”
48Natanael bertanya, “Bagaimana Engkau mengenal aku?”
Yesus menjawab, “Sebelum Filipus memanggilmu, Aku telah melihatmu di bawah pokok ara itu.”
49Natanael berseru, “Rabbi, Engkau Anak Allah! Engkau Raja bangsa Israel!”
50Yesus berkata, “Adakah kamu beriman kepada-Ku kerana Aku berkata Aku nampak kamu di bawah pokok ara itu? Kamu akan melihat hal-hal yang jauh lebih hebat daripada ini!” 51#Kej 28:12.Yesus berkata kepadanya, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu akan melihat langit terbuka dan malaikat-malaikat Allah turun naik menemui Anak Manusia.”

Currently Selected:

Yohanes 1: AVB

Tõsta esile

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in