YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 97

97
Allah Penguasa Tertinggi
1TUHAN itu raja! Hai bumi, bersukacitalah!
Hai pulau-pulau di laut, bergembiralah!
2Dia dikelilingi awan dan kegelapan;
pemerintahan-Nya berdasarkan hukum dan keadilan.
3Api mendahului Dia,
membakar musuh di sekeliling-Nya.
4Kilat-Nya menerangi dunia;
bumi bergegar melihat cahaya-Nya.
5Bukit mencair seperti lilin di hadapan TUHAN,
di hadapan Tuhan seluruh bumi.
6Langit mengisytiharkan keadilan-Nya,
dan semua bangsa melihat kemuliaan-Nya.
7Semua orang yang menyembah berhala dipermalukan,
semua dewa bersujud di hadapan TUHAN.
8Penduduk Sion bersukacita,
dan kota-kota di Yehuda bergembira,
kerana keputusan-Mu, ya TUHAN.
9Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Engkaulah pemerintah seluruh bumi;
Engkau lebih berkuasa daripada semua dewa.
10TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan;
Dia melindungi hidup umat-Nya,
dan menyelamatkan mereka daripada kuasa orang jahat.
11Kebaikan Allah bersinar seperti cahaya pada orang jujur,
dan memberikan kegirangan kepada orang baik.
12Bersukacitalah,
hai kamu semua yang tulus,
kerana apa yang telah dilakukan TUHAN.
Ingatlah akan perbuatan Allah yang suci,
dan bersyukurlah kepada-Nya.

Currently Selected:

MAZMUR 97: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in