MAZMUR 54
54
Doa Minta Perlindungan
1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud, 2 pada masa orang Zif pergi kepada Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud bersembunyi di kawasan mereka.
3Selamatkanlah aku dengan kuasa-Mu, ya Allah;
bebaskanlah aku dengan kekuatan-Mu.
4Dengarlah doaku, ya Allah;
endahkanlah kata-kataku.
5Orang sombong datang menyerang aku,
orang zalim ingin membunuh aku,
mereka tidak menghiraukan Allah.
6Tetapi Allah ialah penolongku,
Tuhan ialah pembelaku.
7Biar Allah menghukum musuhku dengan kejahatan mereka.
Ya Allah, binasakanlah mereka kerana Engkau setia kepadaku.
8Ya TUHAN, aku rela mempersembahkan korban kepada-Mu;
aku mengucap syukur kepada Engkau kerana kebaikan-Mu.
9Engkau telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan,
dan aku telah melihat musuhku dikalahkan.
Currently Selected:
MAZMUR 54: BM
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.