YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 49

49
Sia-Sia Bergantung kepada Kekayaan
1Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir.
2Dengarlah ini, hai semua orang.
Dengarlah, hai semua penduduk dunia,
3baik orang biasa mahupun orang terkemuka,
baik orang miskin mahupun orang kaya.
4Aku akan mengucapkan kata-kata yang bijak,
buah fikiranku penuh pengertian.
5Aku akan mengalihkan perhatian kepada peribahasa,
dan menerangkan maknanya sambil memetik kecapi.
6Aku tidak takut akan masa kesusahan,
ketika aku dikelilingi oleh musuh,
7orang yang bergantung kepada kekayaan mereka,
dan membanggakan harta mereka yang banyak.
8Tidak seorang pun dapat menebus dirinya;
dia tidak dapat membayar harga tebusannya kepada Allah,
9kerana harga tebusan manusia itu terlalu mahal;
apa yang dapat dibayarnya tidak sekali-kali cukup
10untuk mengelakkan diri dari kubur,
supaya dia dapat hidup selama-lamanya.
11Sesiapa pun tahu bahawa orang bijak akan meninggal;
orang bodoh dan orang tolol pun akan mati.
Mereka semua meninggalkan harta kepada orang lain.
12Kubur menjadi tempat kediaman kekal bagi mereka;
di sana mereka tinggal selama-lamanya,
walaupun mereka pernah mempunyai tanah.
13Walaupun manusia itu kaya,
seperti haiwan, mereka akan mati juga.
14Begitulah nasib orang yang percaya kepada diri sendiri,
dan nasib orang yang puas hati dengan kekayaan mereka.
15Seperti domba, mereka ditentukan untuk mati,
dan digembalakan oleh maut.
Orang jujur akan mengalahkan mereka,
mayat mereka cepat mereput;
dunia orang mati menjadi kediaman mereka.
16Tetapi Allah akan menyelamatkan aku;
Dia akan melepaskan aku daripada kuasa maut.
17Jangan iri hati apabila sesetengah orang menjadi kaya,
apabila harta mereka bertambah-tambah;
18apabila mereka mati, mereka tidak dapat membawa apa-apa;
harta mereka tidak dapat turun ke kubur bersama-sama mereka.
19Sungguhpun mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka,
dan dipuji kerana kejayaan mereka,
20mereka akan menyusul nenek moyang mereka juga,
ke tempat yang gelap selama-lamanya.
21Walaupun manusia menjadi kaya,
seperti haiwan, mereka akan mati juga.

Currently Selected:

MAZMUR 49: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in