YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 28

28
Doa Minta Tolong
1Mazmur Daud.
Ya TUHAN, pembelaku, aku berseru kepada-Mu.
Dengarlah teriakanku!
Jika Engkau tidak mengabulkan doaku,
aku seperti orang yang masuk ke lubang kubur.
2Dengarkanlah aku ketika aku berseru meminta pertolongan,
aku mengangkat tanganku ke arah Rumah-Mu yang suci.
3Janganlah hukum aku bersama dengan orang durjana,
bersama-sama orang yang melakukan kejahatan -
orang yang bermulut manis,
tetapi hati diliputi kebencian.
4 Hukumlah mereka kerana perbuatan mereka,
kerana segala kejahatan yang telah dilakukan mereka.
Hukumlah mereka kerana segala perbuatan mereka;
balaslah mereka dengan sepatutnya.
5Mereka tidak mempedulikan perbuatan TUHAN,
mahupun segala ciptaan-Nya;
oleh itu TUHAN akan menghukum mereka
dan memusnahkan mereka selama-lamanya.
6Pujilah TUHAN;
Dia telah mendengar permohonanku.
7TUHAN melindungi dan membela aku;
aku percaya kepada-Nya.
Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku;
aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.
8TUHAN melindungi umat-Nya;
Dia membela dan menyelamatkan raja pilihan-Nya.
9Ya TUHAN, selamatkanlah umat-Mu,
dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu.
Jadilah seperti gembala bagi mereka,
dan jagalah mereka selama-lamanya.

Currently Selected:

MAZMUR 28: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in