YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 20

20
Doa Minta Kemenangan
1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
2Semoga TUHAN mengabulkan doamu pada waktu kesusahan.
Semoga kuasa Allah Yakub melindungi kamu.
3Semoga Dia menghantar pertolongan dari Rumah-Nya
dan memberi kamu bantuan dari Bukit Sion.
4Semoga Dia menerima segala persembahanmu
dan berkenan pada segala korbanmu.
5Semoga Dia memberi kamu keinginanmu
dan menjayakan segala rancanganmu.
6Lalu kami akan bersorak-sorak kerana kemenanganmu,
dan merayakan kemenanganmu dengan memuji Allah kita.
Semoga TUHAN mengabulkan segala permintaanmu.
7Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan
kepada raja pilihan-Nya;
dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya.
Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.
8Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka,
yang lain kepada kuda mereka,
tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.
9Mereka akan tersandung dan jatuh,
tetapi kita akan bangkit dan berdiri teguh.
10Berikanlah kemenangan kepada raja, ya TUHAN;
jawablah kami apabila kami berseru.

Currently Selected:

MAZMUR 20: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in