YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 16

16
Doa Keyakinan
1Mazmur Daud.
Jagalah aku, ya Allah,
kerana aku berlindung kepada-Mu.
2Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Tuhanku;
tiada yang baik bagiku selain Engkau.”
3Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah!
Aku sangat ingin bersama-sama mereka.
4Mereka yang menyembah dewa-dewa
bertambah-tambah kesusahan mereka.
Aku tidak mahu turut serta mempersembahkan korban;
aku tidak mahu menyembah dewa mereka.
5Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki,
Engkau memberi aku segala keperluanku;
nyawaku ada di dalam tangan-Mu.
6Sungguh indah pemberian-Mu kepadaku;
betapa baiknya semua itu!
7Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku,
pada waktu malam suara hatiku mengajar aku.
8Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;
Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.
9Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira,
dan aku selamat,
10 kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati;
orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa.
11 Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku;
hadirat-Mu menggembirakan aku,
dan sentiasa membahagiakan aku.

Currently Selected:

MAZMUR 16: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in