YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 143

143
Doa Minta Tolong
1Mazmur Daud.
Ya TUHAN, dengarlah doaku,
terimalah rayuanku!
Engkau baik dan setia,
oleh itu jawablah aku!
2 Janganlah hakimi aku, hamba-Mu;
tiada seorang pun yang tidak bersalah di hadapan-Mu.
3Musuhku telah memburu aku,
dan mengalahkan aku.
Dia memasukkan aku ke dalam penjara yang gelap,
dan aku ini seperti orang yang sudah lama mati.
4Oleh itu aku putus asa,
aku tidak berdaya.
5Aku mengingatkan masa yang lalu;
aku memikirkan segala yang telah Engkau lakukan,
aku mengenangkan segala perbuatan-Mu.
6Aku berdoa dengan menghulurkan tangan kepada-Mu;
aku memerlukan Engkau seperti tanah kering memerlukan hujan.
7Jawablah aku segera, ya TUHAN,
aku putus harapan.
Jangan sembunyikan diri-Mu daripadaku,
supaya aku tidak menjadi seperti orang yang sudah turun ke alam maut.
8Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu,
kerana aku berharap kepada-Mu.
Aku berdoa kepada-Mu;
tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.
9Aku datang hendak berlindung kepada-Mu,
ya TUHAN, selamatkanlah aku daripada musuhku.
10Engkaulah Allahku;
ajarlah aku melakukan kehendak-Mu.
Berbuat baiklah kepadaku,
dan pimpinlah aku ke jalan yang selamat.
11Selamatkanlah aku, ya TUHAN, menurut firman-Mu;
selamatkanlah aku daripada kesusahan kerana Engkau baik.
12Bunuhlah musuhku kerana Engkau mengasihi aku;
binasakanlah semua penindasku, kerana aku ini hamba-Mu.

Currently Selected:

MAZMUR 143: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in