YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 136

136
Lagu Kesyukuran
1 Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik;
kasih-Nya kekal abadi.
2Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi;
kasih-Nya kekal abadi.
3Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar;
kasih-Nya kekal abadi.
4Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar;
kasih-Nya kekal abadi.
5 Dengan kebijaksanaan-Nya Dia menjadikan langit;
kasih-Nya kekal abadi.
6 Dia menghamparkan bumi di atas air;
kasih-Nya kekal abadi.
7Dia menjadikan matahari dan bulan;
kasih-Nya kekal abadi.
8Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang;
kasih-Nya kekal abadi.
9 Dia menjadikan bulan dan bintang untuk memerintah malam;
kasih-Nya kekal abadi.
10 Dia membunuh anak lelaki sulung orang Mesir;
kasih-Nya kekal abadi.
11 Dia memimpin umat Israel keluar dari Mesir;
kasih-Nya kekal abadi.
12Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa;
kasih-Nya kekal abadi.
13Dia membelah Laut Gelagah;
kasih-Nya kekal abadi.
14Dia memimpin umat-Nya melalui laut itu;
kasih-Nya kekal abadi;
15 tetapi Dia menenggelamkan raja Mesir dan tenteranya;
kasih-Nya kekal abadi.
16Dia memimpin umat-Nya melalui gurun;
kasih-Nya kekal abadi.
17Dia membunuh raja-raja yang berkuasa;
kasih-Nya kekal abadi.
18Dia membunuh raja-raja yang termasyhur;
kasih-Nya kekal abadi.
19 Dia membunuh Sihon, raja orang Amori;
kasih-Nya kekal abadi.
20 Dia membunuh Og, raja negeri Basan;
kasih-Nya kekal abadi.
21Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya;
kasih-Nya kekal abadi.
22Dia memberikannya kepada Israel, hamba-Nya;
kasih-Nya kekal abadi.
23Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan;
kasih-Nya kekal abadi.
24Dia membebaskan kita daripada musuh-musuh kita;
kasih-Nya kekal abadi.
25Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup;
kasih-Nya kekal abadi.
26Bersyukurlah kepada Allah penguasa di syurga;
kasih-Nya kekal abadi.

Currently Selected:

MAZMUR 136: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in