MAZMUR 128
128
Berkat kerana Taat kepada TUHAN
1Lagu ziarah.
Berbahagialah orang yang taat kepada TUHAN,
yang hidup menurut perintah-Nya.
2Hasil jerih payahmu akan mencukupi keperluanmu;
engkau akan berbahagia dan makmur.
3Isterimu akan menjadi seperti pokok anggur yang subur di dalam rumahmu,
dan anak-anakmu umpama pokok zaitun yang muda di sekeliling mejamu.
4Orang yang taat kepada TUHAN
pasti akan diberkati sedemikian.
5Semoga TUHAN yang di Sion memberkati kamu!
Semoga engkau melihat Yerusalem makmur seumur hidupmu!
6Semoga engkau panjang umur
untuk melihat cucu-cucumu!
Sejahteralah Israel!
Currently Selected:
MAZMUR 128: BM
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.