YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 12

12
Doa Minta Tolong
1Untuk pemimpin koir. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud.
2Tolonglah kami, ya TUHAN,
kerana tidak ada lagi orang yang baik;
orang yang jujur tidak dapat dijumpai lagi.
3Semua manusia saling membohongi,
dan saling menipu dengan kata-kata manis.
4Hentikanlah kata-kata manis itu, ya TUHAN,
dan bungkamkan mulut yang bercakap besar,
5“Kami berkuasa dengan mulut kami.
Kami akan bercakap sesuka hati;
tidak sesiapa dapat menghalang kami.”
6TUHAN berfirman, “Orang miskin ditindas,
dan orang yang dianiaya mengerang.
Maka sekarang juga Aku datang
memberikan ketenteraman yang diingini mereka.”
7Janji TUHAN teguh dan dapat dipercayai;
seperti perak yang dimurnikan berkali-kali di dalam api.
8-9Orang jahat terdapat di merata-rata tempat,
dan setiap orang menyanjung kejahatan.
Selamatkanlah kami, ya TUHAN,
peliharakanlah kami daripada orang seperti itu.

Currently Selected:

MAZMUR 12: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in