YouVersion Logo
Search Icon

AMSAL 4:23-27

AMSAL 4:23-27 BM

Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu. Jangan katakan apa yang tidak benar. Jangan ucapkan dusta dan kata-kata yang menyesatkan orang. Pandanglah ke hadapan dengan keyakinan yang sungguh-sungguh, dan jangan tundukkan kepalamu kerana malu. Buatlah rancanganmu dengan teliti supaya apa sahaja yang kamu lakukan akan berjaya. Jauhkanlah dirimu daripada kejahatan dan hiduplah dengan jujur. Jangan menyimpang sedikit pun dari jalan yang benar.