YouVersion Logo
Search Icon

AMSAL 11

11
1TUHAN membenci orang yang menipu dengan timbangan. Dia berkenan kepada orang yang menggunakan timbangan yang tepat.
2Orang yang sombong akan dipermalukan. Bersikap rendah hati adalah lebih bijaksana.
3Orang baik dipimpin oleh kejujuran. Orang yang tidak dapat dipercayai dibinasakan oleh kecurangan.
4Kekayaan tidak bererti apabila orang menghadapi maut, tetapi kejujuran dapat menyelamatkan orang.
5Hidup orang jujur senang kerana kejujuran mereka, tetapi orang jahat jatuh kerana kejahatan mereka.
6Orang jujur selamat kerana ketulusan hati mereka; orang yang tidak dapat dipercayai, diperangkap oleh ketamakan mereka.
7Apabila orang jahat meninggal, harapan mereka pun lenyap; berharap kepada kekayaan sia-sia sahaja.
8Orang salih terpelihara daripada kesusahan, tetapi orang jahat ditimpa kesusahan.
9Percakapan orang jahat membinasakan orang; hikmat menyelamatkan orang baik.
10Seluruh kota bersukacita apabila orang jujur mendapat rezeki; rakyat bersorak-sorai apabila orang jahat mati.
11Restu orang jujur memakmurkan kota; perkataan orang jahat memusnahkan kota.
12Menghina orang lain adalah perbuatan bodoh. Orang yang bijak lebih suka berdiam diri.
13Orang yang mengumpat tidak dapat menyimpan rahsia, tetapi orang yang dapat dipercayai boleh merahsiakan perkara.
14Bangsa akan jatuh jika tidak ada pemimpin yang bijak, tetapi selamat jika mendapat banyak penasihat.
15Berjanji membayar hutang orang lain bererti mendatangkan celaka; lebih baik tidak terlibat dalam hal itu.
16Wanita yang baik budi dihormati orang, tetapi wanita yang tidak berbudi dipermalukan.
Orang malas tidak akan mendapat wang; tetapi orang yang bekerja keras akan menjadi kaya.
17Orang yang baik hati menguntungkan diri; orang yang kejam merugikan diri.
18Orang jahat tidak mendapat keuntungan yang sebenar, tetapi orang yang berbuat baik mendapat keuntungan sejati.
19Sesiapa yang bertekad melakukan kebaikan akan hidup bahagia, tetapi sesiapa yang berkeras melakukan kejahatan menuju maut.
20TUHAN membenci orang yang berhati jahat, tetapi Dia mengasihi orang yang hidup tanpa cela.
21Orang jahat pasti akan dihukum, tetapi orang baik akan selamat.
22Kecantikan pada wanita yang tidak berbudi bagaikan cincin emas pada jongor babi.
23Keinginan orang baik selalu menghasilkan yang baik, tetapi apabila orang jahat mendapat keinginan mereka, semua orang menjadi marah.
24Ada orang yang suka memberi tetapi masih bertambah kaya. Ada orang yang kedekut, tetapi bertambah miskin pula.
25Orang yang murah hati akan menjadi makmur. Orang yang suka menolong akan ditolong juga.
26Orang yang menyorok gandum akan dikutuk, tetapi orang yang menjual gandum akan dipuji.
27Orang yang bermaksud baik akan dihormati; orang yang mencari kejahatan akan mendapat kejahatan.
28Orang yang bergantung kepada kekayaan akan jatuh seperti daun kering, tetapi orang salih akan menjadi makmur seperti tanaman subur.
29Orang yang mendatangkan kesusahan kepada keluarganya, tidak akan memiliki apa-apa.
Orang bodoh akan menjadi hamba orang bijak selama-lamanya.
30Kesalihan memberikan hidup, tetapi keganasan mencabut hidup itu.
31 Jika orang baik menerima balasan di dunia, pastilah orang jahat dan berdosa mendapat hukuman.

Currently Selected:

AMSAL 11: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in