YouVersion Logo
Search Icon

BILANGAN 2

2
Tempat Setiap Suku dalam Perkhemahan
1TUHAN memberikan petunjuk berikut kepada Musa dan Harun. 2Pada masa orang Israel berkhemah, setiap orang harus berkhemah di bawah panji kumpulannya, dan di bawah lambang puaknya. Khemah-khemah harus dipasang di sekeliling Khemah TUHAN tetapi tidak terlalu dekat.
3-9Di bahagian timur, orang di bawah panji kumpulan Yehuda harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:
Suku Pemimpin Bilangan Orang
Yehuda Nahason anak Aminadab 74,600
Isakhar Netaneel anak Zuar 54,400
Zebulon Eliab anak Helon 57,400
Jumlah: 186,400
Kumpulan Yehuda adalah kumpulan pertama yang berangkat.
10-16Di bahagian selatan, orang di bawah panji kumpulan Ruben harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:
Suku Pemimpin Bilangan Orang
Ruben Elizur anak Syedeur 46,500
Simeon Selumiel anak Zurisyadai 59,300
Gad Elyasaf anak Rehuel 45,650
Jumlah: 151,450
Kumpulan Ruben adalah kumpulan kedua yang berangkat.
17Sesudah itu, orang Lewi yang memikul Khemah TUHAN harus berjalan di antara dua kumpulan yang pertama dan dua kumpulan yang terakhir. Tiap-tiap kumpulan harus berjalan menurut susunan semasa berkhemah; masing-masing pada tempatnya dan di bawah panjinya.
18-24Di bahagian barat, orang di bawah panji kumpulan Efraim harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:
Suku Pemimpin Bilangan Orang
Efraim Elisama anak Amihud 40,500
Manasye Gamaliel anak Pedazur 32,200
Benyamin Abidan anak Gideoni 35,400
Jumlah: 108,100
Kumpulan Efraim adalah kumpulan ketiga yang harus berangkat.
25-31Di bahagian utara, orang di bawah panji kumpulan Dan harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:
Suku Pemimpin Bilangan Orang
Dan Ahiezer anak Amisyadai 62,700
Asyer Pagiel anak Okhran 41,500
Naftali Ahira anak Enan 53,400
Jumlah: 157,600
Kumpulan Dan adalah kumpulan terakhir yang berangkat.
32Jumlah orang Israel yang didaftarkan di dalam kumpulan-kumpulan itu, kelompok demi kelompok, adalah 603,550 orang. 33Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, suku Lewi tidak didaftarkan bersama dengan orang Israel lain.
34Maka orang Israel melakukan semua yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka berkhemah di bawah panji masing-masing, dan mereka berangkat bersama dengan puak masing-masing.

Currently Selected:

BILANGAN 2: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in