YouVersion Logo
Search Icon

NEHEMIA 12

12
Senarai Nama Para Imam dan Orang Lewi
1Inilah senarai nama para imam dan orang Lewi yang pulang dari pembuangan bersama-sama Zerubabel anak Sealtiel dan Imam Agung Yesua:
2-7 Para imam:
Seraya, Yeremia, Ezra,
Amarya, Malukh, Hatus,
Sekhanya, Rehum, Meremot,
Ido, Ginetoi, Abia,
Miyamin, Maaja, Bilga,
Semaya, Yoyarib, Yedaya,
Salu, Amok, Hilkia, dan Yedaya.
Mereka pemimpin golongan imam pada zaman Yesua.
8 Orang Lewi:
Pemimpin lagu kesyukuran: Yesua, Binui, Kadmiel, Serebya, Yehuda, dan Matanya.
9Anggota kumpulan penyanyi yang menyanyikan lagu jawapan: Bakbukya, Uni, dan orang Lewi yang lain.
Keturunan Imam Agung Yesua
10Inilah jurai keturunan Imam Agung Yesua: Yesua bapa Yoyakim; Yoyakim bapa Elyasib; Elyasib bapa Yoyada; 11Yoyada bapa Yonatan; Yonatan bapa Yadua.
Ketua-Ketua Puak Imam
12-21Ketika Yoyakim menjadi Imam Agung, yang berikut adalah ketua puak para imam:
Imam Puak
Meraya Seraya
Hananya Yeremia
Mesulam Ezra
Yohanan Amarya
Yonatan Melikhu
Yusuf Sebanya
Adna Harim
Helkai Merayot
Zakharia Ido
Mesulam Gineton
Zikhri Abia
Minyamin
Piltai Moaja
Samua Bilga
Yonatan Semaya
Matnai Yoyarib
Uzi Yedaya
Kalai Salai
Heber Amok
Hasabya Hilkia
Netaneel Yedaya
Catatan tentang Keluarga Imam dan Orang Lewi
22Senarai nama ketua-ketua keluarga imam dan orang Lewi dibuat pada zaman Imam Agung yang berikut: Elyasib, Yoyada, Yohanan, dan Yadua. Senarai itu selesai dibuat ketika Darius menjadi raja Persia.
23Tetapi senarai nama ketua-ketua puak orang Lewi dicatat hanya sampai zaman Yonatan cucu Elyasib.
Pembahagian Tugas di Rumah TUHAN
24Di bawah pengawasan Hasabya, Serebya, Yesua, Binui, dan Kadmiel, orang Lewi dibahagi menjadi beberapa kumpulan. Setiap kali, ada dua kumpulan yang bertugas memuji Allah dan memberikan syukur kepada-Nya secara berbalas-balasan, menurut peraturan yang diberikan oleh Raja Daud, hamba Allah.
25Para pengawal Rumah TUHAN yang ditugaskan untuk mengawal stor-stor bekalan dekat pintu gerbang Rumah TUHAN ialah Matanya, Bakbukya, Obaja, Mesulam, Talmon, dan Akub.
26Semua orang itu hidup pada zaman Yoyakim anak Yesua, cucu Yozadak, dan pada zaman Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu.
Nehemia Merasmikan Tembok Kota
27Apabila tembok kota Yerusalem dirasmikan, orang Lewi dipanggil ke sana dari semua tempat tinggal mereka, supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam perasmian itu dengan menyanyikan lagu kesyukuran, diiringi muzik gambus dan kecapi. 28Para penyanyi daripada keluarga-keluarga orang Lewi datang dari daerah tempat tinggal mereka di sekitar Yerusalem dan dari pekan-pekan di sekitar Netofa, 29dari Bet-Gilgal, Geba, dan Asmawet. 30Para imam dan orang Lewi menjalankan upacara penyucian bagi diri mereka sendiri, kemudian bagi rakyat, dan juga bagi pintu-pintu gerbang dan tembok kota.
31Aku mengumpulkan para pemimpin Yehuda di atas tembok dan menugaskan mereka memimpin dua kumpulan besar untuk berjalan mengelilingi kota itu, sambil menyanyikan lagu kesyukuran kepada Allah.
Kumpulan yang pertama berarak ke sebelah kanan di atas tembok itu, ke arah Pintu Gerbang Sampah. 32Hosaya berjalan di belakang para penyanyi, diikuti oleh separuh daripada para pemimpin Yehuda. 33-35Sekumpulan imam yang meniup trompet, berjalan di belakang mereka. Imam-imam itu ialah Azarya, Ezra, Mesulam, Yehuda, Benyamin, Semaya, dan Yeremia. Mereka diikuti oleh Zakharia anak Yonatan, cucu Semaya. (Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Matanya, Mikha, dan Zakur daripada puak Asaf.) 36Dia diikuti oleh orang lain daripada puaknya, iaitu Semaya, Azareel, Milalai, Gilalai, Maai, Netaneel, Yehuda, dan Hanani. Mereka semua membawa alat-alat muzik, serupa dengan yang dimainkan oleh Raja Daud, hamba Allah itu. Imam Ezra, ahli Taurat itu, berjalan di hadapan perarakan ini. 37Di pintu Gerbang Mata Air, mereka menaiki tangga yang menuju ke Kota Daud. Mereka melalui istana Daud lalu balik ke tembok di Pintu Gerbang Air, di bahagian timur kota itu.
38Kumpulan penyanyi yang satu lagi, berarak di atas tembok itu dan menuju ke sebelah kiri. Aku mengikuti mereka bersama-sama separuh daripada rakyat. Kami berarak melalui Menara Perapian sampai ke Tembok Lebar. 39Dari sana kami berarak melalui Pintu Gerbang Efraim, Pintu Gerbang Yesanah, Pintu Gerbang Ikan, Menara Hananeel, dan Menara Seratus, sampai ke Pintu Gerbang Domba. Perarakan kami berakhir dekat pintu gerbang Rumah TUHAN.
40Kedua-dua kumpulan penyanyi itu sampai di kawasan Rumah TUHAN.
Selain para pemimpin yang bersama-sama aku, 41para imam yang berikut juga turut serta dalam kumpulanku: Elyakim, Maaseya, Minyamin, Mikha, Elyoenai, Zakharia, dan Hananya. Mereka semua meniup trompet. 42Mereka diikuti oleh Maaseya, Semaya, Eleazar, Uzi, Yohanan, Malkia, Elam, dan Ezer. Para penyanyi yang dipimpin oleh Yizrahya menyanyi dengan nyaring.
43Pada hari itu banyak korban dipersembahkan kepada Allah. Rakyat bergembira kerana Allah menyebabkan mereka bersukacita. Kaum wanita dan kanak-kanak juga ikut bersukaria, dan keriuhan mereka terdengar sampai jauh.
Sumbangan Tetap untuk Ibadat di Rumah TUHAN
44Pada masa itu, beberapa orang disuruh menjaga stor-stor bekalan di Rumah TUHAN. Bekalan itu termasuk persembahan persepuluhan dan biji-bijian serta buah-buahan yang mula-mula masak pada tiap-tiap tahun. Semua orang itu bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan daripada peladang-peladang di sekitar kota untuk para imam dan orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Taurat. Segenap penduduk Yehuda menghargai para imam dan orang Lewi itu, 45 kerana mereka menjalankan upacara penyucian dan upacara-upacara lain yang telah diperintahkan Allah. Para pemuzik dan pengawal Rumah TUHAN pun menjalankan tugas mereka menurut peraturan Raja Daud dan putera baginda Salomo. 46Sejak zaman Raja Daud dan pemuzik Asaf dahulu kala, para penyanyi telah menyanyikan lagu pujian dan lagu kesyukuran kepada Allah. 47Pada zaman Zerubabel dan juga pada zaman Nehemia, seluruh rakyat Israel memberikan persembahan harian untuk mencukupi keperluan sehari-hari para penyanyi dan pengawal Rumah TUHAN. Rakyat memberikan persembahan yang dikhaskan bagi orang Lewi, dan orang Lewi pula memberikan bahagian yang dikhaskan bagi para imam.

Currently Selected:

NEHEMIA 12: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in