YouVersion Logo
Search Icon

ULANGAN 19

19
Kota Perlindungan
(Bil 35.9-28; Yos 20.1-9)
1“Setelah TUHAN, Allah kamu membinasakan bangsa-bangsa, Dia akan memberikan tanah mereka kepada kamu. Selepas kamu merebut kota-kota dan rumah-rumah mereka serta tinggal di sana, 2-3bahagikanlah tanah itu menjadi tiga wilayah. Setiap wilayah harus mempunyai sebuah kota yang mudah dicapai, supaya apabila seseorang membunuh orang lain, dia boleh lari ke salah sebuah kota itu untuk mendapat perlindungan. 4Jika dengan tidak sengaja seseorang membunuh orang yang bukan musuhnya, dia boleh lari ke salah sebuah kota itu supaya selamat. 5Umpamanya, jika dua orang pergi ke hutan untuk menebang kayu, dan sedang seorang menebang kayu, mata kapaknya terlepas dari gagang lalu membunuh temannya. Orang yang membunuh dengan tidak sengaja itu boleh lari ke salah sebuah kota itu supaya tidak dibunuh. 6Jika kota perlindungan sebuah sahaja, jarak kota itu mungkin terlalu jauh dan sanak keluarga yang bertanggungjawab untuk membalas dendam mungkin dapat menangkap orang yang sudah membunuh dengan tidak sengaja itu, lalu dengan darah panas sanak keluarga itu akan membunuh seorang yang tidak bersalah. Orang itu membunuh dengan tidak sengaja, dan lagi pun orang yang terbunuh itu bukan musuhnya. 7Itulah sebabnya aku memerintah kamu supaya mengasingkan tiga buah kota perlindungan.
8Apabila TUHAN, Allah kamu meluaskan tanah kamu sebagaimana yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kamu, serta memberikan seluruh tanah yang sudah dijanjikan-Nya kepada kamu, 9maka kamu harus memilih tiga buah kota lagi. (TUHAN akan memberikan seluruh tanah itu kepada kamu jika kamu melakukan segala yang aku perintahkan kepada kamu hari ini, dan jika kamu mengasihi TUHAN, Allah kamu serta hidup menurut ajaran-Nya.) 10Lakukan hal itu, supaya orang yang tidak bersalah tidak akan mati, dan supaya kamu tidak berdosa kerana membunuh orang yang tidak bersalah di tanah yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu.
11Tetapi lain halnya jika seseorang mengadang musuhnya dan dengan sengaja serta rasa benci membunuh dia, lalu melarikan diri ke salah sebuah kota perlindungan untuk mendapat perlindungan. 12Dalam hal itu para pemimpin dari kota si pembunuh itu sendiri harus memanggil dia, lalu menyerahkan dia kepada sanak keluarga yang bertanggungjawab untuk membalas dendam bagi pembunuhan itu. Dengan demikian pembunuh itu boleh dihukum mati. 13 Jangan kasihani pembunuh itu. Bebaskanlah Israel daripada pembunuh itu supaya kamu sejahtera.”
Larangan Mengalihkan Sempadan Tanah
14 “Jangan alihkan penanda sempadan tanah milik jiran kamu yang telah ditentukan sejak dahulu, di tanah yang akan diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu.”
Peraturan tentang Saksi
15 “Satu orang saksi tidak cukup untuk membuktikan kesalahan seseorang. Sekurang-kurangnya mesti ada dua orang saksi untuk membuktikan bahawa seseorang itu bersalah. 16Jika seseorang cuba menuduh orang lain bahawa dia melakukan jenayah, 17kedua-dua mereka mesti pergi ke satu tempat ibadat itu. Di situ mereka akan diadili oleh para imam dan hakim yang bertugas pada waktu itu. 18Para hakim mesti menyiasat perkara itu dengan teliti. Jika seseorang mendakwa sesama bangsanya dengan tuduhan palsu, 19dia mesti dijatuhi hukuman yang dimaksudkan untuk orang yang didakwanya. Dengan demikian kamu akan membasmi kejahatan itu. 20Kemudian setiap orang akan mendengar apa yang sudah berlaku. Mereka akan takut, dan tiada seorang pun akan berani melakukan perkara sejahat itu lagi. 21 Dalam hal-hal demikian, jangan tunjukkan belas kasihan. Hukuman itu harus berupa: nyawa ganti nyawa, mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, dan kaki ganti kaki.”

Currently Selected:

ULANGAN 19: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in