YouVersion Logo
Search Icon

1 TIMOTIUS 2

2
Ibadat Jemaah
1Pertama sekali aku menggesa supaya doa permohonan dan ucapan syukur disampaikan kepada Allah untuk semua orang, 2untuk raja-raja dan semua penguasa. Berdoalah kepada Allah supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram. Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain. 3Hal ini baik dan menyenangkan hati Allah, Penyelamat kita. 4Dia mahu semua orang diselamatkan serta mengetahui ajaran benar tentang penyelamatan, 5kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu yang dapat memimpin manusia kepada Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia. 6Dia telah menyerahkan diri-Nya untuk menyelamatkan manusia daripada dosa. Hal ini membuktikan bahawa pada waktu yang tepat, Allah menghendaki semua orang diselamatkan. 7 Itulah sebabnya aku diutus sebagai rasul dan guru kepada orang bukan Yahudi untuk memberitakan perkhabaran tentang iman yang benar. Aku tidak berdusta. Aku mengatakan yang benar!
8Aku mahu orang lelaki berdoa di mana-mana sahaja dengan hati yang suci, tanpa kemarahan ataupun pertengkaran. 9 Aku juga mahu kaum wanita menghias diri dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh. Jangan dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal. 10Sebaliknya, wanita harus menghias diri dengan perbuatan baik yang sepatutnya dilakukan oleh wanita yang mengabdikan diri kepada Allah. 11Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati. 12Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintahi lelaki; wanita mesti berdiam diri. 13 Hal ini demikian kerana Adam yang diciptakan dahulu, kemudian barulah Hawa. 14 Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah. 15Meskipun demikian wanita akan diselamatkan dengan melahirkan anak, jika dengan rendah hati mereka tetap beriman, mengasihi orang lain, dan hidup suci.

Currently Selected:

1 TIMOTIUS 2: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in