YouVersion Logo
Search Icon

1 TAWARIKH 8

8
Keturunan Benyamin
1Benyamin mempunyai lima orang anak lelaki. Menurut urutan umur, mereka ialah Bela, Asybel, Ahrah, 2Noha, dan Rafa.
3Keturunan Bela ialah Adar, Gera, Abihud, 4Abisua, Naaman, Ahoah, 5Gera, Sefufan, dan Huram.
6-7Keturunan Ehud ialah Naaman, Ahia, dan Gera. Mereka ialah ketua keluarga yang dahulu tinggal di Geba, tetapi diusir dari tempat itu, lalu mereka pindah ke Manahat dan tinggal di situ. Gera memimpin mereka dalam perpindahan itu. Gera mempunyai dua orang anak, Uza dan Ahihud.
8-9Saharaim menceraikan dua orang isterinya yang bernama Husim dan Baara. Kemudian pada masa dia tinggal di negeri Moab, dia berkahwin dengan Hodes dan mendapat tujuh orang anak lelaki: Yobab, Zibya, Mesa, Malkam, 10Yeus, Sokhya, dan Mirma. Semua anaknya menjadi ketua keluarga.
11Dengan isterinya yang bernama Husim, Saharaim mempunyai dua orang anak lelaki, Abitub dan Elpaal.
12Elpaal mempunyai tiga orang anak lelaki: Eber, Misam, dan Semed. Semed ialah pembina kota Ono dan Lod, serta pekan-pekan di sekitar.
Orang Benyamin di Gat dan Ayalon
13Beria dan Sema ialah ketua keluarga yang tinggal di kota Ayalon. Mereka mengusir penduduk kota Gat. 14Keturunan Beria ialah Ahyo, Sasak, Yeremot, 15Zebaja, Arad, Eder, 16Mikhael, Yispa, dan Yoha.
Orang Benyamin di Yerusalem
17Keturunan Elpaal ialah Zebaja, Mesulam, Hizki, Heber, 18Yismerai, Yizlia, dan Yobab.
19Keturunan Simei ialah Yakim, Zikhri, Zabdi, 20Elyoenai, Ziletai, Eliel, 21Adaya, Beraya, dan Simrat.
22Keturunan Sasak ialah Yispan, Eber, Eliel, 23Abdon, Zikhri, Hanan, 24Hananya, Elam, Antotia, 25Yifdeya, dan Penuel.
26Keturunan Yeroham ialah Samserai, Seharya, Atalya, 27Yaaresya, Elia, dan Zikhri.
28Itulah para ketua keluarga dan pemimpin yang tercatat dalam salasilah mereka. Mereka tinggal di Yerusalem.
Orang Benyamin di Gibeon dan Yerusalem
(1 Taw 9.35-38)
29Yeiel membina kota Gibeon lalu tinggal di situ. Isterinya bernama Maakha, 30dan anak sulung mereka bernama Abdon. Mereka mempunyai anak lelaki lain: Zur, Kish, Baal, Ner, Nadab, 31Gedor, Ahyo, Zakharia, 32dan Miklot, iaitu bapa Simea. Keturunan mereka tinggal di Yerusalem bersama dengan keluarga lain daripada puak yang sama.
Keluarga Raja Saul
(1 Taw 9.39-44)
33Bapa Raja Saul bernama Kish dan datuknya bernama Ner. Raja Saul mempunyai empat orang putera: Yonatan, Malkisua, Abinadab, dan Esybaal. 34Yonatan mempunyai anak lelaki bernama Meribaal, iaitu bapa Mikha.
35Mikha mempunyai empat orang anak lelaki: Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas. 36Anak Ahas bernama Yoada. Yoada mempunyai tiga orang anak lelaki: Alemet, Azmawet, dan Zimri. Inilah jurai keturunan Zimri: 37Moza, Bina, Rafa, Elasa, dan Azel.
38Azel mempunyai enam orang anak lelaki: Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja, dan Hanan. 39Esek, saudara lelaki Azel mempunyai tiga orang anak lelaki: Ulam yang sulung, lalu Yeus, dan Elifelet.
40Anak-anak Ulam ialah askar perkasa dan pemanah mahir. Anak cucunya yang lelaki berjumlah 150 orang.
Mereka semua anggota suku Benyamin.

Currently Selected:

1 TAWARIKH 8: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy