YouVersion Logo
Search Icon

1 TAWARIKH 24

24
Tugas Para Imam
1-3 Harun mempunyai empat orang anak lelaki: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar. Nadab dan Abihu meninggal lebih dahulu daripada bapa mereka tanpa mempunyai anak. Oleh itu saudara-saudara mereka, Eleazar dan Itamar, menjadi imam. Raja Daud membahagikan keturunan Harun kepada kumpulan-kumpulan menurut tugas mereka. Dalam pembahagian itu Raja Daud dibantu oleh Zadok keturunan Eleazar dan oleh Ahimelekh keturunan Itamar. 4Keturunan Eleazar dibahagikan kepada enam belas kumpulan, sedangkan keturunan Itamar dibahagikan kepada lapan kumpulan, kerana dalam keturunan Eleazar ada lebih banyak lelaki yang menjadi ketua keluarga. 5Oleh sebab di kalangan keturunan Eleazar dan Itamar ada yang menjadi pegawai-pegawai di Rumah TUHAN dan pemimpin-pemimpin agama, pembahagian tugas dilaksanakan dengan cara undi. 6Keturunan Eleazar dan Itamar bergilir-gilir membuang undi. Lalu nama-nama mereka dicatat oleh seorang setiausaha yang bernama Semaya anak Netaneel, orang Lewi. Semuanya dilaksanakan di hadapan raja bersama-sama para pegawainya, Imam Zadok, Ahimelekh anak Abyatar, serta ketua-ketua keluarga golongan imam, dan ketua-ketua keluarga golongan Lewi.
7-18Inilah nombor susunan giliran tugas menurut keputusan undian bagi dua puluh empat kumpulan itu:
1. Yoyarib 13. Hupa
2. Yedaya 14. Yesebeab
3. Harim 15. Bilga
4. Seorim 16. Imer
5. Malkia 17. Hezir
6. Miyamin 18. Hapizes
7. Hakos 19. Petahya
8. Abia 20. Yehezkiel
9. Yesua 21. Yakhin
10. Sekhanya 22. Gamul
11. Elyasib 23. Delaya
12. Yakim 24. Maazya
19Nama semua orang itu dicatat menurut giliran mereka untuk masuk ke Rumah TUHAN dan melaksanakan tugas ibadat yang telah ditetapkan oleh Harun, nenek moyang mereka, menurut perintah TUHAN, Allah Israel.
Senarai Orang Lewi
20Selain itu, dalam keturunan Lewi termasuk juga ketua-ketua keluarga yang berikut: Yehdeya, keturunan Amram daripada jurai keturunan Subael;
21Yisia, keturunan Rehabya;
22Yahat, keturunan Yizhar daripada jurai keturunan Selomot;
23Yeria, Amarya, Yahaziel, dan Yekameam anak-anak Hebron menurut urutan umur mereka;
24Samir, keturunan Uziel daripada jurai keturunan Mikha;
25Zakharia, keturunan Uziel daripada jurai keturunan Yisia saudara Mikha;
26Mahli, Musi, dan Yaazia, keturunan Merari.
27Yaazia mempunyai tiga orang anak lelaki: Syoham, Zakur, dan Hibri. 28-29Mahli mempunyai dua orang anak lelaki bernama Eleazar dan Kish. Eleazar tidak mempunyai anak lelaki, tetapi Kish mempunyai seorang anak lelaki bernama Yerahmeel. 30Musi mempunyai tiga orang anak lelaki: Mahli, Eder, dan Yerimot.
Itulah keluarga-keluarga dalam suku Lewi.
31Untuk menentukan giliran tugas mereka, setiap ketua keluarga bersama-sama seorang adiknya yang lelaki membuang undi seperti yang dilakukan oleh sanak saudara mereka, iaitu para imam keturunan Harun. Pembuangan undi itu disaksikan oleh Raja Daud bersama-sama Zadok, Ahimelekh, serta ketua-ketua keluarga daripada golongan imam dan golongan orang Lewi.

Currently Selected:

1 TAWARIKH 24: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in