ZAKHARIA 2
2
Penglihatan tentang Tali Pengukur
1Dalam penglihatan selanjutnya, aku nampak seorang lelaki yang memegang tali pengukur. 2Aku bertanya kepadanya, “Hendak ke mana?”
Dia menjawab, “Aku hendak mengukur Yerusalem. Aku ingin tahu panjang dan lebar kota itu.”
3Kemudian aku nampak malaikat yang telah bertutur dengan aku itu, melangkah maju, dan satu malaikat lain menemuinya. 4Malaikat yang pertama berkata kepada malaikat yang kedua, “Cepat pergi kepada pemuda yang memegang tali pengukur itu, dan beritahu dia bahawa Yerusalem akan penuh sesak dengan manusia dan ternakan, sehingga tembok kota tidak dapat dibina lagi. 5TUHAN telah berjanji bahawa Dia sendiri akan menjadi tembok api yang mengelilingi kota itu untuk melindunginya, dan Dia akan tinggal di situ dengan segala kemuliaan-Nya.”
Orang Buangan Dipanggil Pulang
6-7TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Aku telah mencerai-beraikan kamu ke segala arah. Tetapi sekarang, hai orang buangan, larilah dari Babilonia dan kembalilah ke Yerusalem. 8Sesiapa yang menyerang kamu, menyerang buah hati-Ku.”
Oleh itu TUHAN Yang Maha Kuasa menyuruh aku menyampaikan perkhabaran ini kepada bangsa-bangsa yang telah menjarah umat-Nya, 9“TUHAN sendiri akan melawan kamu. Kamu akan dijarah oleh bekas hamba kamu sendiri.”
Apabila hal itu berlaku, semua orang akan tahu bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa telah mengutus aku.
10TUHAN berfirman, “Bernyanyilah dengan gembira, hai penduduk Yerusalem! Aku akan tinggal di tengah-tengah kamu!”
11Pada masa itu banyak bangsa akan datang kepada TUHAN untuk menjadi umat-Nya. Dia akan tinggal di tengah-tengah kamu, dan kamu akan tahu bahawa TUHAN telah mengutus aku kepada kamu. 12Sekali lagi Yehuda akan menjadi milik khas TUHAN di tanah-Nya yang suci, dan Yerusalem akan menjadi kota yang paling disayangi-Nya.
13Hai semua orang, berdiamlah di hadapan TUHAN kerana Dia telah berangkat dari tempat kediaman-Nya yang suci.
Currently Selected:
ZAKHARIA 2: BMDC
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.