AYUB 7
7
1Hidup manusia itu seperti kerja paksa;
hidupnya susah seperti hidup buruh kasar,
2seperti hamba yang merindukan tempat teduh;
seperti pekerja yang menantikan upah.
3Berbulan-bulan kehidupanku hampa;
tiap-tiap malam aku berduka.
4Semasa aku tidur, waktu berjalan sangat perlahan;
aku rindu akan subuh dan berkalih tidur sepanjang malam.
5Tubuhku penuh dengan cacing dan keruping;
kulitku luka dan mengeluarkan nanah.
6Hidupku berlalu tanpa harapan,
berlalu lebih laju daripada penenun menjalankan sekoci.
7Ingatlah, ya Allah, hidupku bagaikan hembusan nafas;
kebahagiaanku berakhir tanpa bekas.
8Engkau melihat aku sekarang, tetapi Engkau tidak akan melihat aku lagi.
Jika nanti Engkau mencari aku, aku sudah tiada lagi.
9-10Seperti awan mendung yang meredup dan hilang,
manusia mati dan tidak kembali lagi;
semua orang yang mengenal mereka
tidak lagi mengingati mereka.
11Tidak! Aku tidak dapat berdiam.
Rasa marah dan sakit hati tidak dapat aku pendam.
Aku mesti membuka mulutku,
dan mencurahkan isi hatiku.
12Mengapakah Engkau mengawal aku?
Adakah aku berbahaya seperti naga laut?
13Aku berbaring dan cuba berehat
untuk melegakan kesakitanku.
14Tetapi Engkau menakutkan aku dengan mimpi,
dan mengerikan aku dengan penglihatan,
15sehingga aku lebih suka dicekik lalu mati
daripada hidup dalam tubuh penuh derita ini.
16Aku bosan hidup; aku ingin mati.
Biarkan aku kerana hidupku tidak bererti lagi.
17 Mengapakah manusia begitu penting bagi-Mu?
Mengapakah Engkau memperhatikan mereka selalu?
18Engkau memeriksa manusia setiap pagi,
dan menguji mereka setiap saat.
19Tidak bolehkah Engkau berpaling daripadaku
supaya sempat aku menelan ludahku?
20Hai Penjagaku, adakah Engkau disakiti oleh dosaku?
Mengapa Engkau menggunakan diriku sebagai sasaran-Mu?
Adakah aku ini beban besar bagi-Mu?
21Tidak bolehkah Engkau mengampunkan dosaku?
Tidak bolehkah Engkau memaafkan kesalahanku?
Tidak lama lagi aku akan terbaring di kubur,
dan aku tiada lagi apabila Engkau mencari aku.”
Currently Selected:
AYUB 7: BMDC
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.