Zakharia 9
9
Hukuman ke atas bangsa-bangsa di sekitar Israel
1 # Yes 17:1-3; Yer 49:23-27; Am 1:3-5. # Yes 23:1-18; Yeh 26:1—28:26; Yl 3:4-8; Am 1:9,10; Mat 11:21,22; Luk 10:13,14. Pernyataan ilahi. Firman TUHAN datang atas Tanah Hadrakh
dan akan berhenti di Damsyik —
kerana mata manusia dan mata semua suku orang Israel tertuju kepada TUHAN,
2juga atas Hamat,
yang berbatasan dengannya,
serta atas Tirus dan Sidon,
walaupun mereka sangat bijak.
3Tirus membina bagi dirinya suatu kubu.
Ditimbuninya perak seperti debu
dan emas seperti lumpur di jalan.
4Tetapi TUHAN akan mengambil harta miliknya
dan memukul kekuatannya di laut,
lalu ia akan musnah dimakan api.
5 # Yes 14:29-31; Yer 47:1-7; Yeh 25:15-17; Yl 3:4-8; Am 1:6-8; Zef 2:4-7. Askelon akan melihatnya lalu menjadi takut,
Gaza akan sangat gementar dan juga Ekron, kerana harapan besarnya mengecewakan.
Raja Gaza akan binasa dan Askelon tidak akan dihuni lagi.
6Suatu keturunan campuran akan tinggal di Asdod.
“Aku akan melenyapkan keangkuhan orang Filistin.
7Aku akan menyingkirkan darah daripada mulutnya
dan kejijikan dari antara giginya.
Saki-baki orangnya pun akan menjadi milik Allah kita dan menjadi seperti ketua kaum di Yehuda.
Orang Ekron akan seperti orang Yebus.
8Aku akan mendirikan khemah dekat Bait-Ku sebagai pengawal
sehingga tidak ada seorang pun yang lalu-lalang.
Tidak akan ada lagi penindas melintasinya,
kerana sekarang Aku sendiri mengawasinya.”
Raja Mesias di Sion
9 # Mat 21:5; Yoh 12:15. Bergembiralah, wahai puteri Sion!
Bersoraklah, wahai puteri Yerusalem!
Lihat, rajamu datang kepadamu!
Dia adil, pembawa kemenangan,
Dia rendah hati, dan menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.
10 # Mzm 72:8. “Aku akan melenyapkan rata dari Efraim
dan kuda perang dari Yerusalem.
Busur peperangan akan dilenyapkan.
Dia akan mewartakan damai kepada bangsa-bangsa.
Wilayah kekuasaannya akan membentang dari laut sampai ke laut,
dan dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”
Israel dipulihkan kembali
11 # Kel 24:8. “Mengenai engkau, kerana darah perjanjian-Ku denganmu,
Aku akan melepaskan orang tahananmu dari lubang tutupan yang tidak berair.
12Kembalilah ke kubu, wahai para tahanan yang penuh harapan!
Hari ini juga Kuberitahukan kepadamu bahawa Aku akan mengganti kerugianmu dua kali lipat.
13Aku akan melenturkan Yehuda seperti busur
dan mengisinya dengan anak panah-Ku, Efraim.
Aku akan membangkitkan para anakmu, wahai Sion,
untuk melawan para anakmu, wahai Yunani.
Engkau akan Kujadikan seperti pedang seorang kesateria.”
14TUHAN akan menampakkan diri kepada mereka
dan anak-anak panah-Nya akan membedil seperti kilat.
Tuhan ALLAH akan meniup sangkakala
dan akan bergerak maju dalam badai dari sebelah selatan.
15TUHAN alam semesta, akan melindungi mereka.
Mereka akan memusnahkan dan menginjak-injak batu-batu tarbil.
Mereka akan minum dan meraung seolah-olah mabuk dengan air anggur,
dan diisi penuh seperti mangkuk, dibasahi seperti penjuru-penjuru mazbah.
16Pada hari itu TUHAN, Allah mereka,
akan menyelamatkan mereka
sebagai kawanan domba umat-Nya.
Sungguh, mereka seperti permata-permata mahkota
yang berkilau-kilauan di tanah-Nya.
17Sungguh, betapa agung kebaikannya dan betapa agung keindahannya!
Para pemuda akan bertumbuh kerana gandum
dan para perawan kerana air anggur baru.
Currently Selected:
Zakharia 9: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited