YouVersion Logo
Search Icon

Zakharia 13

13
Penyingkiran berhala dan nabi sesat
1“Pada waktu itu akan ada sebuah mata air yang terbuka bagi keturunan kaum Daud dan bagi penduduk Yerusalem untuk membersihkan dosa serta kenajisan. 2Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN alam semesta, Aku akan melenyapkan nama berhala-berhala daripada negeri itu, sehingga semua itu tidak diingat lagi. Aku pun akan mengusir nabi-nabi dan roh najis dari negeri itu. 3Jadi, apabila masih ada orang yang bernubuat, maka ayah dan ibu kandungnya sendiri akan berkata kepadanya, ‘Engkau harus mati, kerana engkau berkata dusta demi nama TUHAN!’ Lalu ayah dan ibu kandungnya sendiri akan menikam dia ketika dia bernubuat. 4Pada waktu itu, setiap nabi akan malu kerana penglihatannya ketika bernubuat. Mereka tidak lagi akan memakai jubah berbulu untuk menipu. 5Sebaliknya, mereka akan berkata, ‘Aku bukan nabi. Aku seorang yang bercucuk tanam di tanah, kerana seseorang telah membelikannya bagiku sejak aku muda.’ 6Kalau orang bertanya kepadanya, ‘Luka apa yang ada pada badanmu itu?’ Maka dia akan menjawab, ‘Itulah luka yang kudapat di rumah para sahabatku.’ ”
Pedang menimpa umat baru
7 # Mat 26:31; Mrk 14:27. “Wahai pedang, bangkitlah melawan gembala-Ku,
melawan orang yang menjadi sekutu-Ku,”
demikianlah firman TUHAN alam semesta.
“Rebahkanlah sang gembala,
dan dombanya akan bertempiaran.
Aku akan bertindak melawan yang kecil dan lemah.
8Maka di seluruh negeri,” demikianlah firman TUHAN,
“dua pertiga bahagian akan dilenyapkan dan binasa,
tetapi sepertiganya akan ditinggalkan hidup.
9Aku akan memasukkan yang sepertiga itu ke dalam api
lalu memurnikan mereka seperti orang memurnikan perak dan menguji mereka seperti orang menguji emas.
Mereka akan menyeru nama-Ku
dan Aku akan menjawab mereka.
Aku akan berkata, ‘Mereka sememangnya umat-Ku,’
dan mereka akan berkata, ‘TUHAN sememangnya Allahku.’ ”

Currently Selected:

Zakharia 13: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

Video for Zakharia 13