YouVersion Logo
Search Icon

Wahyu 6

6
Materai dibuka
1Seterusnya aku melihat Anak Domba itu memecahkan materai pertama daripada ketujuh-tujuh materai itu. Lantas kudengar satu daripada empat makhluk itu berkata dengan suara seperti guruh, “Marilah, lihat!” 2#Za 1:8; 6:3,6.Aku melihat seekor kuda putih ditunggang oleh seorang yang memegang busur panah. Dia diberi sebuah mahkota dan tampil sebagai seorang penakluk yang sedia untuk menakluk.
3Kemudian Anak Domba itu memecahkan materai kedua dan kudengar makhluk kedua berkata, “Marilah, lihat!” 4#Za 1:8; 6:2.Seekor kuda merah pula muncul. Penunggangnya diberi kuasa untuk melenyapkan damai sejahtera daripada bumi dan menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Dia diberi sebilah pedang yang besar.
5 # Za 6:2,6. Kemudian Anak Domba itu memecahkan materai ketiga lalu kudengar makhluk ketiga berkata, “Marilah, lihat!” Aku melihat seekor kuda hitam. Penunggangnya memegang dacing. 6Aku mendengar sesuatu seperti suara dari tengah-tengah makhluk berempat itu, berkata, “Secupak gandum sekeping wang dinar harganya, dan tiga cupak barli juga sekeping wang dinar harganya, tetapi minyak dan air anggur itu jangan kaurosakkan.”
7Kemudian Anak Domba itu memecahkan materai keempat. Kudengar makhluk keempat berkata, “Mari!” 8#Yeh 14:21.Aku melihat seekor kuda berwarna pucat. Penunggangnya bernama Maut, dan Alam Maut mengekorinya. Mereka diberi kuasa membunuh seperempat penghuni bumi melalui peperangan, kebuluran, wabak penyakit dan serangan binatang buas.
9Kemudian Anak Domba itu memecahkan materai kelima. Di bawah mazbah aku melihat roh-roh orang yang telah dibunuh kerana firman Allah dan kerana kesaksian yang dipegang mereka dengan setia. 10Mereka berseru dengan suara lantang, “Ya Tuhan yang suci dan benar! Berapa lama lagi sebelum Engkau menghakimi penghuni bumi dan membalas perbuatan mereka yang telah menumpahkan darah dan meragut nyawa kami?” 11Setiap roh itu diberi sehelai jubah putih dan disuruh berehat sebentar lagi hingga cukup bilangan hamba sepengabdian dan orang yang menjadi saudara seiman, yang akan dibunuh seperti mereka.
12 # Why 11:13; 16:18. Yes 13:10; Yl 2:10,31; 3:15; Mat 24:29; Mrk 13:24,25; Luk 21:25. Kemudian aku melihat Anak Domba itu memecahkan materai keenam. Seketika itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat. Matahari menjadi seperti kain hitam dan bulan merah seperti darah. 13#Yes 34:4.Bintang-bintang gugur dari syurga ke bumi seperti buah ara luruh ditiup angin kencang. 14#Why 16:20.Langit lenyap tergulung seperti gulungan naskhah manakala gunung dan pulau teralih dari tempatnya. 15#Yes 2:19,21.Seluruh umat manusia, baik raja-raja di dunia, pegawai, panglima, orang berharta dan berkuasa, orang bebas mahupun hamba abdi, lari bersembunyi di dalam gua dan di celah-celah batu di gunung. 16#Hos 10:8; Luk 23:30.Mereka berseru kepada gunung dan batu itu, “Hempaplah kami! Sembunyikan kami daripada pandangan Dia yang bersemayam di atas takhta dan daripada kemurkaan Anak Domba! 17#Yl 2:11; Mal 3:2.Hari besar yang dahsyat, hari kemurkaan mereka telah tiba. Allah dan Anak Domba akan menghukum kami. Siapa yang dapat bertahan?”

Currently Selected:

Wahyu 6: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in