Wahyu 19
19
Nyanyian segala puji bagi Allah
1Setelah itu, aku mendengar suara orang yang amat banyak di syurga berseru lantang,
“Haleluya!
Penyelamatan dan kemuliaan dan kuasa bagi Allah kita!
2 # Ul 32:43; 2Raj 9:7. Kerana segala penghakiman-Nya benar dan adil,
kerana Dia telah menghakimi pelacur besar
yang telah mencemarkan dunia dengan perzinaannya;
dan Dia telah menghukumnya kerana menumpahkan darah hamba-hamba-Nya!”
3 # Yes 34:10. Mereka berkata lagi,
“Haleluya!
Asap api yang membakarnya naik menjulang selama-lamanya!”
4Dua puluh empat orang tua-tua dan empat makhluk itu pun sujud menyembah Allah yang bersemayam di atas takhta sambil berkata,
“Amin! Haleluya!”
5 # Mzm 115:13. Kemudian kedengaran suara dari takhta berkata,
“Pujilah Allah kita,
hai kamu sekalian hamba-Nya
dan orang yang takut akan Dia,
baik yang kecil mahupun yang besar!”
6 # Yeh 1:24. Mzm 93:1; 97:1; 99:1. Kemudian aku mendengar bunyi seperti suara orang yang sangat banyaknya, seperti deru air dan bunyi guruh yang amat hebat, berkata,
“Haleluya! Kerana Tuhan,
Allah kita, Yang Maha Kuasa sedang bertakhta!
7Bergembira dan bersukacitalah serta muliakan Dia,
kerana saat perkahwinan Anak Domba telah tiba,
dan isteri-Nya sudah menyediakan dirinya.
8Isterinya diberi kain linen yang halus,
suci berseri-seri untuk dipakai.”
(Kain linen yang halus melambangkan segala perbuatan benar yang dilakukan oleh orang salih.)
9 # Mat 22:2,3. Kemudian dia berkata kepadaku, “Tulislah: Diberkatilah mereka yang dijemput ke jamuan kahwin Anak Domba!” Katanya lagi kepadaku, “Inilah firman Allah yang benar.”
10Aku sujud di kakinya untuk menyembahnya, tetapi dia berkata, “Jangan buat begitu! Aku hamba Allah sepertimu, dan seperti saudara-saudaramu yang memiliki kesaksian Yesus. Sembahlah Allah! Kesaksian Yesus itu roh nubuat.”
Kedatangan Kristus
11 # Yeh 1:1. Mzm 96:13; Yes 11:4. Kemudian aku melihat syurga terbuka, dan kelihatan seekor kuda putih. Dia yang menunggangnya dipanggil Setia dan Benar, dan dengan keadilan Dia menghakimi serta memerangi. 12#Dan 10:6.Mata-Nya seperti nyala api, dan di atas kepala-Nya terletak mahkota yang banyak. Ada satu nama tertulis pada-Nya, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Dia. 13#Keb 18:14-18.Dia memakai jubah yang bercelup darah dan nama-Nya Firman Allah. 14Segala tentera syurga, berpakaian kain linen halus yang putih bersih, menunggang kuda putih mengiringi-Nya. 15#Mzm 2:9. Yes 63:3; Yl 3:13; Why 14:20.Sekarang dari mulut-Nya keluar pedang yang tajam untuk diparangkan kepada segala bangsa. Dia sendiri akan memerintah mereka dengan tombak besi. Dia sendiri menginjak pengirik air anggur kemurkaan Allah Maha Kuasa. 16Pada jubah dan paha-Nya tertulis nama:
“Raja Segala Raja, Tuan Segala Tuan.”
17 # Yeh 39:17-20. Kemudian aku melihat malaikat berdiri di matahari, berseru lantang kepada burung-burung yang terbang di udara, “Marilah berhimpun untuk makan malam Allah Yang Maha Besar! 18Kamu akan makan daging raja, panglima, orang berkuasa, kuda dan penunggangnya, dan semua orang, baik hamba mahupun merdeka, baik kecil mahupun besar.”
19Aku melihat binatang itu, raja-raja dunia dan tentera mereka berhimpun untuk memerangi Dia yang berkuda itu serta tentera-Nya. 20#Why 13:1-18.Kemudian binatang itu ditawan, dan bersamanya nabi palsu yang mengadakan pelbagai tanda di hadapannya dan dengan demikian memperdaya orang yang telah menerima tanda binatang itu serta orang yang menyembah patungnya. Kedua-duanya dihumbankan hidup-hidup ke dalam lautan api yang menyala dengan belerangnya. 21Yang lain dibunuh dengan pedang yang keluar daripada Dia yang berkuda. Burung-burung kenyang makan daging mereka.
Currently Selected:
Wahyu 19: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited