Wahyu 16
16
Tujuh mangkuk kemurkaan Allah
1Kemudian aku mendengar suara lantang dari dalam Bait Suci Allah, berkata kepada tujuh malaikat itu, “Pergi tuangkan kemurkaan Allah di dalam tujuh mangkuk itu ke bumi.”
2 # Kel 9:10. Oleh itu, malaikat pertama pergi, mencurahkan isi mangkuknya ke tanah, lalu tumbuh pekung yang busuk dan menjijikkan pada orang yang mempunyai tanda binatang itu dan orang yang menyembah patungnya.
3Kemudian malaikat kedua mencurahkan isi mangkuknya ke laut lalu airnya menjadi darah seperti darah orang mati, maka setiap makhluk yang hidup di laut itu mati.
4 # Kel 7:17-21; Mzm 78:44. Kemudian malaikat ketiga mencurahkan isi mangkuknya ke sungai dan mata air, lalu bertukar airnya menjadi darah. 5Aku mendengar malaikat perairan itu berkata:
“Engkau adil, ya Tuhan,
kerana Engkau telah menghakimi hal-hal ini,
Engkau Yang Suci, yang ada sekarang,
dan ada dahulu, dan yang akan datang,
6Mereka telah menumpahkan darah orang salih dan nabi-nabi,
maka Engkau memberi mereka minum darah,
suatu hukuman yang setimpal.”
7Aku mendengar suatu suara lagi dari mazbah berkata, “Sememangnya, Tuhan Allah Maha Kuasa, penghakiman-Mu benar dan adil.”
8Kemudian malaikat keempat mencurahkan isi mangkuknya ke atas matahari, dan dia diberi kuasa menghanguskan manusia dengan api. 9Manusia dihanguskan dengan darjah kepanasan yang amat tinggi, lalu mereka mengkufuri nama Allah yang menguasai wabak-wabak itu. Mereka tidak bertaubat dan tidak memuliakan-Nya.
10 # Kel 10:21. Kemudian malaikat kelima mencurahkan isi mangkuknya ke atas takhta binatang itu, lalu kerajaannya diselaputi kegelapan, dan mereka menggigit lidah kerana kesakitan. 11Mereka mengkufuri Allah yang memerintah syurga kerana kesakitan dan pekung di tubuh mereka. Mereka tidak bertaubat daripada perbuatan mereka.
12 # Yes 11:15. Kemudian malaikat keenam mencurahkan isi mangkuknya ke dalam sebatang sungai besar, iaitu Efrat, lantas airnya kering kontang, untuk menyediakan jalan bagi raja-raja dari Timur. 13Aku melihat tiga roh jahat seperti rupa katak keluar dari mulut naga itu, dari mulut binatang itu, dan dari mulut nabi palsu. 14Mereka itu roh-roh iblis, dan mereka melakukan pelbagai tanda, yang sampai kepada raja-raja di seluruh dunia untuk menghimpunkan mereka bagi peperangan pada hari besar Allah Yang Maha Kuasa.
15 # Mat 24:43,44; Luk 12:39,40; Why 3:3. Lihatlah, Aku datang seperti pencuri. Diberkatilah orang yang berwaspada, dan menjaga pakaiannya, supaya dia tidak berjalan dan dilihat orang dalam keadaan telanjang lalu mendapat malu.
16 # 2Raj 23:29; Za 12:11. Dia menghimpunkan raja-raja itu ke tempat yang disebut Harmagedon dalam bahasa Ibrani.
17Kemudian malaikat yang ketujuh mencurahkan isi mangkuknya ke udara, lalu kedengaran suara lantang dari Bait Suci Allah di syurga, dari takhta, berkata, “Telah selesai!” 18#Why 8:5; 11:13,19.Kedengaran pelbagai bunyi serta guruh dan kilat sabung-menyabung. Juga berlaku gempa bumi yang paling dahsyat dalam sejarah manusia zaman-berzaman. 19#Yes 51:17.Ketika itu kota besar itu terbelah tiga, dan kota bangsa asing habis runtuh. Babel yang agung juga tidak ketinggalan menerima mangkuk air anggur kemurkaan Allah. 20#Why 6:14.Kemudian setiap pulau lenyap dan gunung tidak ditemukan lagi. 21#Kel 9:23; Why 11:19.Hujan batu besar yang seratus paun beratnya turun dari langit menimpa manusia. Mereka mengkufuri Allah kerana bencana hujan batu yang dahsyat itu.
Currently Selected:
Wahyu 16: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited