YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 98

98
Sebuah mazmur.
1Nyanyikan untuk TUHAN lagu yang baru,
kerana Dia telah melakukan perkara yang menakjubkan;
tangan kanan-Nya dan lengan-Nya yang suci
telah membawa kemenangan untuk-Nya.
2TUHAN telah memberitahu tentang penyelamatan-Nya,
dan perbenaran-Nya#98:2 Rangkai kata “Perbenaran-Nya” merujuk kepada kehendak Tuhan serta sifat-Nya yang benar dan adil. Allah itu benar dan adil kerana Dia setia kepada perjanjian-Nya. telah ditunjukkan-Nya kepada bangsa-bangsa.
3Dia telah ingat akan kasih-Nya
dan kesetiaan-Nya kepada keturunan kaum Israel;
semua pelosok bumi telah melihat penyelamatan Allah.
4Bersorak rianglah kepada TUHAN, seluruh bumi,
menyanyilah, bergembiralah, dan nyanyikanlah pujian;
5menyanyilah kepada TUHAN dengan kecapi,
dengan kecapi dan nyanyian mazmur,
6dengan nafiri dan sangkakala —
bersorak rianglah ke hadirat TUHAN, Raja kita.
7Biarlah laut menderu, dan segala yang dalamnya,
dunia dan semua penghuninya.
8Biarlah sungai-sungai bertepuk tangan,
biarlah bukit-bukau berbahagia bersama-sama
9di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang untuk menghakimi bumi.
Dengan keadilan Dia akan menghakimi dunia
dan kaum-kaum dengan saksama.

Currently Selected:

Mazmur 98: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in