YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 94

94
1Ya Allah, TUHAN yang memiliki hak membalas bela,
Ya TUHAN yang memiliki hak membalas bela, bertindaklah.
2Bangkitlah, ya Hakim seluruh bumi;
jatuhkanlah hukuman ke atas orang yang sombong.
3Ya TUHAN, berapa lamakah orang zalim,
berapa lamakah orang zalim tetap menang?
4Mereka berkata-kata, dan bercakap lancang;
semua yang melakukan dosa membesarkan diri.
5Mereka memecahkan umat-Mu, ya TUHAN;
dan merosakkan warisan-Mu.
6Mereka membunuh balu dan orang asing;
serta meragut nyawa anak yatim.
7Tetapi mereka berkata, “TUHAN tidak melihat;
Allah Yakub tidak mengerti.”
8Mengertilah, hai kamu yang tidak berakal dalam kalangan manusia;
dan kamu yang cetek akal, bilakah kamu akan menjadi bijaksana?
9Dia yang mencipta telinga, tidakkah Dia mendengar?
Dia yang membentuk mata, tidakkah Dia melihat?
10Dia yang mengajar bangsa-bangsa, tidakkah Dia membetulkan?
Dia yang memberi manusia ilmu, tidakkah Dia mendidik?
11 # 1Kor 3:20. TUHAN mengetahui fikiran manusia;
betapa sia-sianya.
12Diberkatilah orang yang Kauajar, ya TUHAN,
dan didik menurut hukum-Mu;
13supaya Engkau dapat memberinya istirahat daripada masa penderitaan,
sehingga lubang kubur digali untuk orang zalim.
14Kerana TUHAN tidak akan menyingkirkan umat-Nya;
dan tidak akan meninggalkan warisan-Nya.
15Tetapi penghakiman akan kembali kepada keadilan,#94:15 Keadilan: Bahasa Ibrani, ‘tsedeq’ juga diterjemahkan sebagai ‘yang benar.’
dan semua yang tulus hati akan menurutnya.
16Siapakah yang akan bangkit menolongku
melawan orang yang melakukan kezaliman?
Siapakah yang akan berdiri di sisiku
menentang orang yang melakukan dosa?
17Kalaulah TUHAN tidak menolongku,
tentulah tidak lama jiwaku terus musnah dalam senyap.
18Jika aku berkata, “Kakiku tergelincir,”
maka kasih-Mu, ya TUHAN, akan menegakkanku.
19Di tengah-tengah kerunsingan yang begitu banyak dalamku,
penglipuran yang Kauberi membahagiakan jiwaku.
20Mungkinkah takhta kebinasaan yang merancang kejahatan melalui hukum bersekutu dengan-Mu?
21Mereka berkomplot untuk meragut nyawa orang yang benar
dan menumpahkan darah orang yang tidak bersalah.
22Tetapi TUHAN ialah bentengku,
dan Allahku batu pejal tempat aku bernaung.
23Dia telah menimpakan dosa mereka ke atas diri mereka sendiri
dan akan memusnahkan mereka di tengah-tengah kezaliman mereka sendiri;
TUHAN Allah kita akan memusnahkan mereka.

Currently Selected:

Mazmur 94: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in