Mazmur 68
68
Untuk pemimpin muzik.
Mazmur Daud. Sebuah nyanyian.
1Semoga Allah bangkit, semoga musuh-Nya bertempiaran;
semoga semua yang membenci-Nya lari daripada-Nya.
2Seperti angin meniup asap,
Ya Allah usirkan mereka;
seperti lilin dilebur oleh api,
semoga orang zalim binasa di hadapan Allah.
3Biar orang yang benar bersukacita;
biar mereka bergembira di hadapan Allah;
ya, biar mereka bergembira tidak terhingga.
4Menyanyilah untuk Allah, nyanyikan pujian untuk nama-Nya,
sanjungi Dia yang memerintah awan —
nama-Nya TUHAN —
bergembiralah di hadirat-Nya.
5Dialah bapa kepada anak yatim, pelindung kepada balu,
Dialah Allah di tempat bersemayam-Nya yang suci.
6Allah meletakkan mereka yang sebatang kara dalam lingkungan keluarga,
Dia melepaskan mereka yang terikat
dan memberi mereka kemakmuran;
tetapi orang yang memberontak
akan menetap di tanah tandus.
7Ya Allah, apabila Engkau memimpin umat-Mu,
Engkau menyeberangi gurun, Sela
8 # Kel 19:18. bumi bergempa, langit menurunkan hujan kerana kehadiran Allah,
Sinai terharu dengan kedatangan Allah, Allah Israel.
9Engkau, ya Allah, menghantar hujan lebat;
untuk mengesahkan warisan pusaka-Mu, umat-Mu yang lesu menderita.
10Umat-Mu tinggal di situ,
Engkau, ya Allah, memberi rahmat-Mu kepada mereka yang miskin melarat.
11TUHAN menurunkan firman,
maka sungguh besar perhimpunan orang yang mengisytiharkannya:
12“Raja-raja yang memimpin tentera melarikan diri, mereka lari;
kaum perempuan di rumah membahagikan rampasan.
13Walaupun engkau baring di antara kawanan domba,
engkau seperti sayap merpati disalut perak,
dan bulunya disalut emas tulen.”
14Ketika Allah Yang Maha Kuasa mengusir raja-raja bertempiaran,
kelihatan seputih salji di Zalmon.
15Gunung Basan sebuah gunung Allah;
Gunung Basan banyak puncaknya.
16Mengapa kamu iri hati, hai gunung-gunung yang berpuncak banyak?
Allah memilih gunung ini untuk kediaman-Nya,
ya, TUHAN akan berada di sini selama-lamanya.
17Allah memiliki dua puluh ribu pedati malah ribuan ribu;
datangnya Tuhan ke Sinai, ke tempat suci.
18 # Ef 4:8. Engkau telah naik ke tempat yang tinggi,
Engkau membawa orang tawanan;
Engkau menerima persembahan dalam kalangan manusia,
malah daripada pemberontak —
supaya TUHAN Allah akan tinggal di sana.
19Segala puji bagi Tuhan, Allah Penyelamat kita,
yang setiap hari memikul beban kita. Sela
20Allah kita, Allah Penyelamat;
dan daripada ALLAH, Tuhan ada kebebasan daripada kematian.
21Tetapi Allah akan mencederakan kepala musuh-Nya,
mereka yang terus melakukan dosa.
22Tuhan telah berfirman, “Aku akan membawa mereka pulang dari Basan;
Aku akan membawa mereka pulang dari lautan dalam,
23supaya kakimu dapat meremukkan mereka dalam lumuran darah,
dan anjingmu menjilat habuannya daripada musuhmu.”
24Mereka telah melihat perarakan-Mu, ya Allah, perarakan Allahku, Rajaku ke khemah-Mu.
25Para biduan berjalan di hadapan, pemain alat muzik di belakang;
antara mereka gadis-gadis bermain tamborin.
26Pujilah Allah dalam semua perhimpunan;
pujilah TUHAN wahai umat daripada perhimpunan Israel.
27Suku Benyamin yang terkecil berjalan dahulu,
diikuti ketua-ketua Yehuda dan pengikut mereka,
kemudian ketua-ketua Zebulon dan Naftali.
28Allahmu telah memerintahkan supaya kami diberi kekuatan;
Kukuhkanlah, ya Allah,
segala yang telah Kaulakukan untuk kami.
29Kerana Bait Suci-Mu di Yerusalem
raja-raja membawa persembahan untuk-Mu.
30Murkailah bangsa yang seperti binatang liar di rumput air,
dan bangsa-bangsa yang seperti lembu jantan bersama anak-anaknya.
Sehingga semuanya tunduk mempersembahkan perak kepada-Mu.
Usirlah pencinta perang sehingga bertempiaran.
31Para utusan akan dihantar dari Mesir;
Kush akan segera menghulur tangan kepada Allah.
32Bernyanyilah untuk Allah, hai kerajaan-kerajaan di bumi,
nyanyikan puji-pujian kepada Tuhan, Sela
33kepada Dia pemerintah langit purba tertinggi,
sesungguhnya Dia berfirman dengan penuh kekuasaan.
34Isytiharkan kekuatan Allah,
keunggulan-Nya memerintah Israel,
dan kekuatan-Nya di angkasa.
35Ya Allah, Engkau lebih menakjubkan daripada tempat-tempat suci-Mu;
Allah Israel memberi kekuatan dan kekuasaan kepada umat-Nya.
Segala puji bagi Allah!
Currently Selected:
Mazmur 68: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited