YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 58

58
Untuk pemimpin muzik.
Menurut lagu “Jangan Binasakan.” Mazmur Daud.
1Benarkah kamu menegakkan kebenaran, hai kamu yang membisu?
Adakah kamu menghakimi dengan adil, hai anak-anak manusia?
2Tidak, hatimu merancang kejahatan,
tanganmu melakukan keganasan di bumi ini.
3Orang zalim tersisih sejak dalam rahim;
mereka sesat sejak lahir, mereka berdusta.
4Racun mereka seperti racun ular yang bisa,
mereka menutup telinga seperti ular tedung yang tuli,
5yang tidak mahu mendengar suara tuannya,
walau betapa bijak memujuknya.
6Patahkanlah gigi singa-singa muda itu, ya Allah;
cabutkan taring mereka, ya TUHAN!
7Biar mereka hilang seperti air mengalir terus-menerus;
apabila mereka memanah, hancurkan anak panah mereka.
8Jadikan mereka seperti siput yang menjadi lendir,
seperti anak yang dilahirkan mati, tidak sempat melihat matahari.
9Sebelum mereka sedar ditikam duri berapi —
mereka akan disambar-Nya seperti dengan tiupan taufan
dalam kemurkaan-Nya yang hidup dan menyala-nyala.
10Orang yang benar akan bergembira melihat pembalasan itu,
lalu membasuh kaki dalam darah orang zalim.
11Maka orang akan berkata,
“Sesungguhnya, orang yang benar mendapat ganjaran;
sesungguhnya Allah mengadili di bumi ini.”

Currently Selected:

Mazmur 58: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in