YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 34

34
Mazmur Daud. Ketika dia berpura-pura gila di hadapan Abimelekh, yang mengusirnya, lalu dia pergi.
1Aku akan memuji TUHAN setiap waktu;
puji-pujian untuk-Nya akan sentiasa di bibirku.
2Jiwaku akan mengisytiharkan kebesaran TUHAN;
rakyat yang menderita akan mendengar dan bersukacita.
3Pujilah kebesaran TUHAN bersamaku;
marilah kita memuliakan nama-Nya bersama-sama.
4Aku telah berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku;
lalu Dia menyelamatkanku daripada semua yang kutakuti.
5Orang yang dalam kesusahan bermohon kepada-Nya;
maka wajah mereka berseri-seri
dan tidak menanggung malu.
6Orang malang berseru merayu,
dan TUHAN mendengar rayuannya;
lalu menyelamatkannya daripada segala kesusahannya.
7Para malaikat TUHAN berjaga sekeliling orang yang takut kepada-Nya,
dan menyelamatkan mereka.
8 # 1Ptr 2:3. Rasakan dan lihatlah kebaikan TUHAN;
diberkatilah orang yang berlindung kepada-Nya.
9Takutilah TUHAN, wahai umat-Nya yang salih,
mereka yang takut kepada-Nya tidak kekurangan apa-apa.
10Anak-anak singa menjadi lemah dan lapar,
tetapi mereka yang berpaling kepada TUHAN tidak akan kekurangan sesuatu yang baik.
11Marilah anak-anak, dengar kata-kataku;
aku akan mengajarmu takut akan TUHAN.
12 # 1Ptr 3:10-12. Siapa yang sayangkan hidup
dan inginkan panjang umur,
13jagalah lidahmu daripada kejahatan
dan bibirmu daripada kata-kata palsu.
14Tinggalkan kejahatan dan lakukan kebaikan;
cari dan burulah kedamaian.
15Kerana mata TUHAN tertuju kepada orang yang benar
dan telinga-Nya mendengar rayuan mereka;
16Tetapi wajah TUHAN menentang mereka yang berbuat jahat,
sehingga ingatan tentang mereka luput dari bumi.
17Orang yang benar berseru merayu, dan TUHAN mendengar;
lalu menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan mereka.
18TUHAN merapati orang yang patah hati
dan menyelamatkan orang yang menyesal.
19Orang yang benar banyak ditimpa penderitaan,
tetapi TUHAN menyelamatkannya daripada segala-galanya;
20 # Yoh 19:36. TUHAN menjaga setiap tulangnya,
satu pun tidak patah.
21Orang zalim akan dibunuh oleh kejahatan;
dan mereka yang membenci orang benar akan dihukum.
22TUHAN menebus roh hamba-Nya;
tiada seorang pun yang berlindung kepada-Nya akan dihukum.

Currently Selected:

Mazmur 34: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in