YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 143

143
Mazmur Daud.
1Dengarlah doaku, ya TUHAN,
dengarlah permohonanku;
jawablah dengan kesetiaan-Mu
dan dengan perbenaran-Mu.#143:1 Rangkai kata ‘perbenaran-Mu’ yang diterjemahkan drpd perkataan Ibrani, ‘tsedaqah’ merangkumi maksud kehendak Tuhan dan sifat-Nya yang benar, baik dan adil.
2 # Rm 3:20; Gal 2:16. Janganlah jalankan penghakiman ke atas hamba-Mu,
kerana dalam pandangan-Mu tiada makhluk hidup yang benar.
3Kerana musuh telah menganiaya jiwaku,
dia telah menindasku ke tanah;
dia telah membuat aku tinggal dalam kegelapan
seperti orang yang sudah lama mati.
4Oleh itu, rohku tertekan di dalamku;
hatiku gundah di dalamku.
5Aku mengenang zaman silam;
aku merenungkan semua perbuatan-Mu,
aku memikirkan segala hasil kerja tangan-Mu.
6Aku menadahkan tanganku kepada-Mu;
jiwaku merindui-Mu seperti tanah yang dahaga. Sela
7Jawablah segera, ya TUHAN; rohku layu.
Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku,
takut nanti aku menjadi seperti mereka yang masuk ke dalam jurang.
8Perdengarkanlah kasih setia-Mu kepadaku pada waktu pagi,
kerana kepada-Mu kusandarkan kepercayaanku.
Beritahulah aku jalan yang harus kuambil,
kerana aku mengangkatkan jiwaku kepada-Mu.
9Lepaskanlah aku, ya TUHAN, daripada musuhku,
kepada-Mu aku berlindung.
10Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu,
kerana Engkaulah Allahku;
biarlah Roh baik-Mu
membimbing aku di alam ketulusan.
11Pulihkanlah aku, ya TUHAN, demi nama-Mu;
demi perbenaran-Mu, bawalah jiwaku keluar daripada kesusahan.
12Dengan kasih setia-Mu, tumbangkanlah musuhku;
dan musnahkanlah kesemua mereka yang menyakiti jiwaku, kerana aku hamba-Mu.

Currently Selected:

Mazmur 143: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

Video for Mazmur 143