YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 13

13
Untuk pemimpin muzik.
Mazmur Daud.
1Berapa lamakah, ya TUHAN, akan Kaulupakan aku selama-lamanya?
Berapa lamakah Engkau akan menyembunyikan wajah-Mu daripadaku?
2Berapa lamakah aku akan bergelut dengan fikiranku sendiri
sedangkan hatiku duka setiap hari?
Berapa lamakah musuhku akan mengatasiku?
3Ya TUHAN, ya Allahku, pandanglah aku dan dengarlah doaku.
Pulihkan sinar mataku, agar aku tidak lelap dalam maut,
4agar musuhku tidak berkata, “Aku telah berjaya menewaskannya,”
dan musuhku bergembira dengan kejatuhanku.
5Tetapi aku yakin akan kasih setia-Mu;
aku bersukacita dalam penyelamatan-Mu.
6Aku akan menyanyi memuji TUHAN,
kerana limpah rahmat-Nya kepadaku.

Currently Selected:

Mazmur 13: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in