YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 107:1-9

Mazmur 107:1-9 AVB

Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya; kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya. Biarlah mereka yang ditebus oleh TUHAN berkata demikian — mereka yang telah ditebus-Nya daripada tangan musuh, dan dikumpulkan-Nya dari negeri-negeri, dari timur dan dari barat, dari utara dan dari selatan. Mereka telah merayau di gurun dalam kehampaan, mereka tidak dapat mencari kota untuk didiami. Lapar dan dahaga, jiwa mereka tidak bermaya. Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka, dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala keazaban mereka. Lalu Dia memandu mereka di jalan yang betul supaya mereka dapat pergi ke sebuah kota dan tinggal di situ. Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia, kerana Dia memuaskan jiwa yang penuh kerinduan, dan mengenyangkan jiwa yang lapar dengan kebaikan.

Video for Mazmur 107:1-9