YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 100

100
Mazmur kesyukuran.
1Bersorak rianglah kepada TUHAN, wahai seluruh bumi.
2Sembahlah TUHAN dengan sukacita;
datanglah ke hadirat-Nya dengan nyanyian.
3Ketahuilah bahawa TUHAN, Dialah Allah.
Dialah yang telah menjadikan kita, dan kita milik-Nya; kita umat-Nya dan kawanan domba di padang rumput-Nya.
4Masuklah ke pintu pagar-Nya dengan mengucap syukur
dan ke pekarangan-Nya dengan pujian; bersyukurlah kepada-Nya, dan berkatilah nama-Nya.
5 # 1Taw 16:34; 2Taw 5:13; 7:3; Ezr 3:11; Mzm 106:1; 107:1; 118:1; 136:1; Yer 33:11. Kerana TUHAN baik, kasih-Nya untuk selama-lamanya;
dan kesetiaan-Nya kekal turun-temurun, zaman-berzaman.

Currently Selected:

Mazmur 100: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in