YouVersion Logo
Search Icon

Markus 12:13-17

Markus 12:13-17 AVB

Kemudian mereka menghantar kepada-Nya beberapa orang Farisi dan golongan Herodes, untuk memerangkap-Nya melalui kata-kata-Nya. Orang yang dihantar itu berkata kepada-Nya, “Guru, kami tahu bahawa Engkau ikhlas. Engkau tidak takut kepada sesiapa pun kerana Engkau tidak pilih kasih, hanya mengajar cara Allah berdasarkan yang benar. Wajarkah membayar cukai kepada Kaisar atau tidak? Patutkah kami bayar, ataupun tidak?” Tetapi Yesus tahu bahawa mereka itu munafik lalu berkata, “Mengapa kamu menduga-Ku? Bawakan sekeping wang dinar untuk Kulihat.” Mereka pun membawakannya kepada Yesus dan Dia pun bertanya kepada mereka, “Gambar dan nama siapakah ini?” “Kaisar,” jawab mereka. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Berikan milik Kaisar kepada Kaisar, dan milik Allah kepada Allah.” Mereka tercengang mendengar kata-kata-Nya.

Video for Markus 12:13-17