YouVersion Logo
Search Icon

Mikha 5

5
Pemerintah yang kelak lahir di Betlehem
1Sekarang berhimpunlah, wahai puteri yang berpasukan,
pengepungan telah diadakan terhadap kita.
Dengan tongkat mereka akan menghentam rahang orang yang memerintah Israel.
2 # Mat 2:6; Yoh 7:42. “Tetapi engkau, wahai Betlehem Efrata,
yang teramat kecil untuk berada di antara kaum-kaum Yehuda,
daripada kamu akan muncul bagi-Ku
seorang yang akan menjadi pemerintah di Israel.
Asal usulnya sudah sejak zaman dahulu, sejak purbakala lagi.”
3Oleh sebab itu, dia akan membiarkan mereka
sehingga tiba waktu perempuan yang dalam pelahiran telah melahirkan.
Lalu saudara-saudaranya yang selebihnya akan kembali kepada orang Israel.
4Dia akan tampil dan akan menggembala mereka dengan kekuatan TUHAN,
dalam keagungan nama TUHAN, Allahnya.
Mereka akan tinggal dengan selamat,
kerana pada waktu itu dia menjadi besar sampai ke hujung bumi.
5Dia ini akan menjadi sumber kesejahteraan.
Apabila orang Asyur masuk ke negeri kita
dan apabila mereka menginjak puri-puri kita,
maka kita akan mengangkat tujuh orang gembala
dan lapan orang pemimpin manusia untuk melawan mereka.
6 # Kej 10:8-11. Dengan pedang mereka akan menguasai Tanah Asyur
dan Tanah Nimrod di muka pintu gerbangnya.
Dia akan melepaskan kita daripada cengkaman orang Asyur
apabila mereka masuk ke negeri kita
dan apabila mereka menginjak daerah kita.
7Sisa Yakub akan ada di tengah-tengah banyak bangsa
seperti embun daripada TUHAN,
seperti hujan ke atas tumbuh-tumbuhan yang tidak menanti-nantikan sesiapa pun
dan tidak menunggu-nunggu anak-anak manusia.
8Sisa Yakub akan ada di antara bangsa-bangsa,
di tengah-tengah banyak suku bangsa,
seperti singa antara mergastua hutan,
seperti seekor singa muda antara kawanan domba.
Jika menerkam mangsa, ia akan menginjak-injak
serta mencabik-cabik tanpa ada yang melepaskan mangsa itu.
9Tanganmu akan ditinggikan mengatasi lawan-lawanmu
dan semua musuhmu akan dilenyapkan.
10“Pada hari itu akan terjadi,” demikianlah firman TUHAN,
“Aku akan melenyapkan kuda-kudamu daripada kalanganmu dan membinasakan segala ratamu.
11Aku akan melenyapkan kota-kota negerimu dan meruntuhkan kubu-kubumu.
12Aku akan melenyapkan sihir daripada tanganmu
dan para peramal tidak akan ada lagi padamu.
13Aku akan melenyapkan patung-patung ukiranmu
dan tiang-tiang berhalamu daripada kalanganmu.
Engkau tidak akan lagi sujud menyembah hasil kerja tanganmu.
14Aku akan mencabut patung berhala Asyera kamu daripada tengah-tengahmu
dan memusnahkan kota-kotamu.
15Aku akan melakukan pembalasan dalam murka dan amarah
kepada bangsa-bangsa yang tidak mahu taat.”

Currently Selected:

Mikha 5: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in