YouVersion Logo
Search Icon

Mikha 3

3
Kecaman terhadap pemimpin yang mungkar
1Kataku: Dengarlah, wahai para ketua keturunan kaum Yakub dan para pemimpin keturunan kaum Israel!
Bukankah kamu sepatutnya tahu apa itu keadilan?
2Wahai kamu yang membenci kebaikan dan mencintai kejahatan,
yang merompak kulit daripada tubuh orang dan daging daripada tulang-tulang mereka.
3Kamu yang memakan daging bangsaku dan menyiat kulit mereka.
Kamu mematahkan tulang-tulang mereka dan membahagi-bahaginya seolah-olah di dalam periuk,
seolah-olah daging di dalam kawah.
4Maka mereka akan berseru kepada TUHAN,
tetapi Dia tidak akan menjawab mereka.
Dia akan menyembunyikan wajah-Nya daripada mereka pada waktu itu,
kerana perbuatan mereka jahat.
5Beginilah firman TUHAN mengenai para nabi yang menyesatkan bangsaku.
Jika gigi mereka mendapat sesuatu untuk dikunyah,
maka mereka berseru, “Damai!”
Kalau orang tidak menyuapkan sesuatu ke dalam mulut mereka,
maka mereka siap berperang dengannya.
6“Oleh sebab itu, akan ada malam bagimu,
sehingga kamu tidak mendapat penglihatan.
Akan ada kegelapan bagimu sehingga kamu tidak dapat menenung.
Matahari akan terbenam bagi para nabi itu,
hari akan menggelap bagi mereka.
7Akan aiblah para pelihat dan para penilik akan mendapat cela;
mereka semua akan menutup mulut mereka kerana tidak ada jawapan daripada Allah.”
8Tetapi aku ini penuh dengan kuasa,
dengan Roh TUHAN,
dengan keadilan, dan dengan keperkasaan,
untuk mengisytiharkan kepada Yakub segala pelanggarannya,
dan kepada Israel segala dosanya.
9Dengarlah hal ini, wahai para ketua keturunan kaum Yakub
dan para pemimpin keturunan kaum Israel,
yang memandang keji keadilan dan yang membengkokkan segala yang lurus.
10Kamu membina Sion dengan penumpahan darah dan Yerusalem dengan kezaliman.
11Para ketuanya memutuskan hukum demi rasuah,
para imamnya mengajar demi bayaran,
dan para nabinya menenung demi wang.
Tetapi mereka juga bersandar kepada TUHAN dan berkata,
“Bukankah TUHAN ada di tengah-tengah kita?
Tidak ada malapetaka yang akan menimpa kita.”
12 # Yer 26:18. Jadi, kerana kamulah Sion akan dibajak seperti ladang,
Yerusalem akan menjadi timbunan puing,
dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.

Currently Selected:

Mikha 3: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy