YouVersion Logo
Search Icon

Lukas 19:37-40

Lukas 19:37-40 AVB

Apabila Dia menghampiri jalan yang turun dari Bukit Zaitun, semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat kerana semua mukjizat yang telah disaksikan oleh mereka: “Diberkatilah Raja yang datang dengan nama Tuhan!” “Damai sejahtera di syurga dan kemuliaan di tempat yang maha tinggi!” Antara orang ramai itu ada beberapa orang Farisi yang berkata kepada Yesus, “Guru, tegurlah murid-murid-Mu.” Yesus menjawab, “Aku berkata kepadamu bahawa jika mereka diam, batu-batu pula akan bersorak.”