YouVersion Logo
Search Icon

Ayub 35

35
Allah perhatikan penderitaan manusia
1Lalu Elihu berkata,
2“Inikah yang kauanggap adil
sehingga engkau berkata, ‘Aku lebih benar#35:2 Atau: Aku tidak bersalah di mata Allah. Harfiah: Perbenaranku melebihi perbenaran Allah. daripada Allah’
3Engkau bertanya, ‘Apakah gunanya bagiku?
Apakah faedahnya bagiku kalau aku tidak berdosa?’
4Aku akan memberikan jawapan kepadamu
dan kepada sahabat-sahabatmu yang ada bersamamu.
5Pandanglah langit dan lihatlah,
perhatikanlah awan-awan yang lebih tinggi daripada engkau.
6 # Ayb 22:2,3. Jika engkau berdosa, apakah yang kaulakukan terhadap Dia?
Jika pelanggaranmu banyak, apakah yang kaubuat terhadap Dia?
7Jika engkau benar, apakah yang kauberikan kepada-Nya?
Atau, apakah yang Dia terima daripada tanganmu?
8Kefasiqanmu hanya mempengaruhi orang lain yang seperti engkau,
Perbenaranmu#35:8 Perbenaran: Lihat Kamus Alkitab bagi keterangan makna perkataan ini. hanya mempengaruhi anak-anak manusia.
9Orang menjerit kerana banyaknya penindasan,
mereka berteriak minta tolong daripada tekanan kekuatan para penguasa.
10Tetapi tidak ada yang bertanya, ‘Di manakah Allah, Penciptaku,
yang memberikan nyanyian sukacita pada malam hari,
11yang mengajar kami lebih daripada binatang-binatang di bumi
dan menjadikan kami lebih bijak daripada burung-burung di udara?’
12Di sana mereka berseru-seru, tetapi Dia tidak menjawab
kerana kecongkakan kalangan jahat.
13Sungguh, teriakan kosong tidak didengar Allah,
Yang Maha Kuasa tidak menghiraukannya.
14Apa lagi ketika engkau berkata bahawa engkau tidak melihat-Nya,
bahawa perkaramu sudah ada di hadapan-Nya, tetapi engkau masih menanti-nantikan Dia.
15Tetapi sekarang, kerana murka-Nya belum menghukum
dan Dia tidak terlalu mempedulikan pelanggaran,
16maka Ayub membuka mulutnya dengan sia-sia,
dia menimbunkan perkataan tanpa pengetahuan.”

Currently Selected:

Ayub 35: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy