YouVersion Logo
Search Icon

Yakobus 5

5
Amaran kepada orang kaya
1Dengarlah nasihatku, wahai orang kaya. Menangis dan merataplah, kerana kesusahan akan menimpamu. 2#Mat 6:19.Kekayaanmu akan reput dan pakaianmu dimakan gegat. 3#Sir 29:10-12.Emas perakmu akan berkarat, karatnya akan menjadi saksi menuduhmu dan akan menghanguskan tubuhmu seperti api. Kamu telah mengumpulkan harta pada akhir zaman ini. 4#Ul 24:14,15.Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladangmu. Dengarlah rintihan mereka! Orang yang menuai hasil ladangmu berseru minta dibela nasibnya dan suara mereka telah sampai ke telinga Tuhan alam semesta. 5Hidupmu di dunia ini senang-lenang dalam kemewahan melimpah-limpah. Kamu bagaikan menggemukkan diri untuk hari penyembelihan. 6#Keb 2:10-20.Kamu menghukum dan membunuh orang yang tidak bersalah, dan mereka tidak melawanmu.
Tabah menanggung kesengsaraan
7Saudara-saudaraku, bersabarlah menanti kedatangan Tuhan. Lihatlah betapa sabarnya seorang peladang menunggu tanahnya mengeluarkan hasil yang bernilai. Dengan sabar dia menanti hujan musim luruh dan hujan musim bunga. 8Demikian jugalah kamu harus bersabar. Tabahkanlah hatimu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah hampir tiba.
9Saudara-saudaraku, janganlah bersungut-sungut, supaya kamu tidak dihukum. Hakim sedang berdiri di ambang pintu. 10Saudara-saudaraku, ingatlah nabi-nabi yang bersabda dengan nama Tuhan. Teladanilah kesabaran dan ketabahan mereka menanggung kesengsaraan. 11#Ayb 1:21,22; 2:10. Mzm 103:8.Kami mengatakan mereka orang yang diberkati kerana mereka tabah menanggung kesengsaraan. Kamu telah mendengar kisah kesabaran Ayub, dan kamu tahu pada akhirnya Tuhan memberkatinya. Tuhan amat berpengasihan dan penuh belas kasihan.
12 # Mat 5:34-37. Saudara-saudaraku, ini sangat penting: Janganlah bersumpah ketika mengikat janji. Jangan bersumpah demi langit, bumi atau apa-apa pun. Katakan “ya” apabila maksudmu ya, dan “tidak” apabila maksudmu tidak. Dengan demikian tidaklah kamu dihukum Allah.
Doa orang yang benar
13Adakah sesiapa dalam kalanganmu yang sedang mengalami kesusahan? Berdoalah. Adakah sesiapa yang sedang bergembira? Nyanyikanlah lagu pujian kepada Allah. 14#Mrk 6:13.Adakah sesiapa yang sakit? Panggillah para tua-tua jemaah untuk mendoakannya dan menyapukan minyak padanya dengan nama Tuhan. 15Doa yang dilafazkan dengan iman akan menyembuhkan orang sakit itu. Tuhan akan memulihkan kesihatannya, dan dosanya akan diampunkan. 16#Sir 4:26.Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui dosa serta mendoakan satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang benar mempunyai kuasa yang hebat. 17#1Raj 17:1; 18:1; Sir 48:2,3.Elia seorang manusia biasa seperti kita. Dia berdoa bersungguh-sungguh supaya hujan tidak turun, maka selama tiga tahun setengah hujan tidak turun di bumi. 18#1Raj 18:42-45.Selepas itu, dia berdoa lagi, lalu langit menurunkan hujan mencurah-curah dan tanah mengeluarkan hasil.
19Saudara-saudaraku, jika seorang dalam kalanganmu tersesat daripada jalan kebenaran, lalu yang lain memimpinnya kembali kepada Allah, 20#Ams 10:12; Tob 12:9; 1Ptr 4:8.ingatlah ayat ini: Sesiapa memimpin seorang yang berdosa kembali daripada jalan yang salah, maka dia menyelamatkan roh orang yang berdosa itu daripada kematian dan menutupi banyak dosa.

Currently Selected:

Yakobus 5: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in