Yesaya 56
56
Penyelamatan bagi semua orang
1Beginilah firman TUHAN,
“Peganglah teguh keadilan
dan lakukanlah yang benar,
kerana penyelamatan daripada-Ku sudah hampir tiba dan kebenaran-Ku akan dinyatakan.
2Berbahagialah orang yang berbuat demikian dan anak manusia yang berpegang kepadanya,
yang memelihara hari Sabat supaya tidak dicemari
dan yang menjaga tangannya daripada setiap perbuatan jahat.”
3Janganlah ada orang asing yang telah mengikatkan diri kepada TUHAN berkata demikian,
“TUHAN pasti memisahkan aku daripada umat-Nya.”
Janganlah si sida berkata,
“Sesungguhnya, aku ini bagaikan pokok yang kering.”
4 # Keb 3:14,15. Beginilah firman TUHAN,
“Kepada si sida yang memelihara hari-hari Sabat-Ku,
yang memilih apa yang Kuperkenan,
dan yang berpegang kepada perjanjian-Ku,
5kepada mereka akan Kukurniakan dalam bait-Ku
dan dalam pagar tembok-Ku
suatu tanda pengingat dan suatu nama —
itu lebih baik daripada anak-anak lelaki dan perempuan.
Aku akan mengurniai mereka nama abadi yang tidak akan lenyap.
6Dan orang asing yang mengikatkan diri kepada TUHAN untuk beribadat kepada-Nya,
untuk mengasihi nama TUHAN,
dan untuk menjadi hamba-Nya,
iaitu semua yang memelihara hari Sabat supaya tidak dicemari
dan yang berpegang kepada perjanjian-Ku,
7 # Mat 21:13; Mrk 11:17; Luk 19:46. mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang suci
dan akan Kuberikan kesukaan di dalam rumah doa-Ku.
Korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka akan diterima di atas mazbah-Ku,
kerana rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.”
8Demikianlah firman Tuhan ALLAH,
yang mengumpulkan orang Israel yang terbuang,
“Aku akan mengumpulkan orang lain lagi di samping mereka yang sudah terkumpul.”
Pemimpin-pemimpin yang fasiq
9Wahai semua binatang di padang,
wahai semua binatang di hutan,
datanglah untuk makan!
10Para penjaga Israel ialah orang buta, semuanya tidak berpengetahuan!
Mereka semua anjing bisu,
tidak boleh menyalak.
Mereka bermimpi, berbaring, dan suka tidur.
11Anjing-anjing itu bernafsu besar, tidak tahu kenyang.
Mereka itu gembala yang tidak dapat mengerti.
Semuanya menyimpang ke jalan sendiri,
masing-masing mengejar laba, tanpa terkecuali.
12Kata mereka, “Datanglah, aku akan mengambil air anggur!
Kita akan minum minuman keras!
Esok akan sama seperti hari ini,
bahkan lebih hebat lagi.”
Currently Selected:
Yesaya 56: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited