YouVersion Logo
Search Icon

Yesaya 43:11-19

Yesaya 43:11-19 AVB

Aku, Akulah TUHAN. Tidak ada penyelamat selain Aku. Akulah yang telah memberitahu, menyelamatkan, dan mengkhabarkan, bukan tuhan bangsa asing yang ada antara kamu. Kamulah saksi-saksi-Ku,” demikianlah firman TUHAN, “dan Akulah Allah.” “Ya, sejak zaman dahulu Aku tetap Dia! Tidak ada yang dapat terlepas daripada tangan-Ku. Apabila Aku bertindak, siapakah yang dapat mengubahnya?” Beginilah firman TUHAN, Penebusmu, Yang Maha Suci, Allah Israel, “Demi kamu Aku akan mengutus orang ke Babel dan membawa mereka semua sebagai pelarian, iaitu orang Kasdim di kapal-kapal yang dibanggakan mereka. Akulah TUHAN, Allahmu Yang Maha Suci, Pencipta Israel, Rajamu.” Beginilah firman TUHAN, yang membuat jalan di laut dan lorong di air yang deras, yang membawa keluar rata dan kuda, bala tentera dan orang gagah — mereka rebah bersama-sama dan tidak dapat bangkit lagi, mereka mati, padam seperti sumbu — “Jangan ingat-ingatkan hal-hal yang dahulu, jangan perhatikan hal-hal yang silam. Lihat, Aku hendak membuat sesuatu yang baru, sekarang hal itu sedang muncul, tidakkah kamu mengetahuinya? Ya, Aku hendak membuat jalan di tanah tandus dan sungai-sungai di gurun.

Video for Yesaya 43:11-19